Buaya jadi produk pelancongan



MIRI: Populasi buaya yang semakin banyak di Sungai Niah berpotensi untuk menjadi tarikan pelancongan di utara Sarawak, selain aktiviti memancing udang dan menyelam skuba.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu, Rosey Yunus berkata, pengunjung berpeluang melihat buaya di habitatnya jika berperahu di Sungai Niah sehingga ke kawasan kuala sungai itu di Lampung Lajong.

Beliau yang juga Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pembangunan Keluarga, berkata, sehubungan itu penduduk yang menetap di sepanjang sungai itu boleh mengambil peluang dengan menjadikan buaya sebagai produk pelancongan untuk Bekenu.

“Sekarang Sungai Niah dan Sungai Sibuti popular untuk aktiviti memancing udang manakala di laut pula terkenal dengan keunikan terumbu karangnya.

“Sepanjang tebingan sungai itu juga banyak pokok bakau yang dijadikan produk melihat klip klip waktu malam dan kehadiran buaya di sungai juga sepatutnya boleh dijadikan sebagai produk pelancongan tambahan untuk kawasan utara negeri ini,” katanya kepada pemberita di Dewan Masyarakat Kampung Lajong di sini, hari ini.

Beliau berkata, Bekenu dan kawasan utara Sarawak berpotensi menjadi kawasan pelancongan kerana memiliki banyak tarikan berasaskan alam semulajadi.

Katanya, penduduk kampung perlu terbabit dengan program pelancongan dengan mewujudkan inap desa di kawasan mereka.

“Kerajaan Sarawak sememangnya menggalakkan penduduk kampung aktif dalam pembabitan sektor pelancongan,” katanya.-BH Online

Pemandu BMW serah diri



KERETA BMW ditemui ditinggalkan di tepi Jalan Aiport, berhampiran Kuching Sentral. - Foto ihsan PDRM

KUCHING: Pemandu kereta BMW yang terbabit dalam kes langgar lari sehingga menyebabkan kematian seorang penghantar surat khabar Jumaat lalu, menyerah diri, malam tadi.

Lelaki berusia 49 tahun yang bekerja sebagai juruelektrik itu ditahan selepas tampil di Pusat Sehenti, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching pada jam 7.15 malam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Alexson Naga Chabu, berkata sejurus ditahan pihaknya merakam percakapan lelaki itu dan kemudian membawanya ke Unit Forensik Hospital Umum Sarawak untuk diambil spesimen darah bagi pemeriksaan alkohol dan dadah dalam darah.

“Hasil rakaman percakapan, lelaki itu mendakwa kereta BMW dipandunya ketika kejadian itu adalah milik rakannya.

“Dia mendakwa melarikan diri selepas kejadian itu kerana takut dan panik,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, kes berkenaan kini berjaya diselesaikan dengan penahanan lelaki itu.

Dalam kejadian jam 6.15 pagi Jumaat lalu, penghantar surat khabar, Chong Kui Hin, 67, maut di tempat kejadian di Jalan Tun Jugah, di sini, akibat kecederaan parah di kepala selepas motosikal ditunggangnya dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta.

Pemandu yang melanggar mangsa bagaimanapun melarikan diri selepas kejadian itu, namun kereta berkenaan kemudian ditemui ditinggalkan di tepi Jalan Airport, berhampiran Kuching Sentral.

Berikutan itu, polis melancarkan gerakan mengesan pemandu kereta terbabit selepas semakan mendapati kereta berkenaan didaftarkan atas nama sebuah syarikat.

Bagaimanapun, polis menghadapi kesukaran apabila siasatan lanjut mendapati syarikat terbabit didapati sudah tidak lagi beroperasi.-BH Online

Penunggang motosikal maut kemalangan di Sibu

 





Sibu: Seorang penunggang motosikal tanpa identiti maut dalam satu kemalangan kendiri di Jalan Ling Kai Cheng sekitar jam 6 pagi tadi.

Menurut info awal mayat mangsa tekaj ditemui oleh orang di tepi jalan.

Setakat ini mangsa telah pun dihantar ke hospital dan punca kemalangan masih lagi tidak diketahui.

Samarahan Bike Week Challange dapat sambutan baik dari kalangan belia

KUCHING: Dengan penganjuran dan tema yang berlainan disamping mempunyai pelbagai aktiviti yang diselitkan “Samarahan Bike Week Challenge 2019” Edisi Ke-6 telah mendapat sambutan baik daripada semua golongan rakyat terutamanya para belia.


Sebanyak 83 penyertaan bagi tahun ini dengan 7 kategori, program ini dilihat dapat menarik ramai lagi golongan muda mahupun belia untuk mencebur diri dalam sukan seperti ini.

Difahamkan, program anjuran bersama oleh Kumpulan Petugas Pelancongan Bahagian Samarahan dan Pejabat Daerah Samarahan ini mempunyai 5 kategori utama yang dibuka kepada penunggang amatur dan profesional dengan penyertaan dari penunggang Sarawak, Semenanjung Malaysia, dan Indonesia.

Menurut Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, acara seperti ini perlu diadakan pada setiap tahun kerana ia dapat memupuk silaturahim yang baik buat golongan belia khususnya.

Dalam pada itu katanya, acara ini telahpun mencapai matlamat serta objektifnya sendiri kerana ia diadakan di Pusat yang dilihat mempunyai pertumbuhan yang baik dari segi keusahawanan, gedung ilmu, dan dapat dinaik taraf menjadi satu destinasi yang menarik buat pengunjung sama ada dalam Sarawak mahupun Semenanjung Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Maljis Perasmian Samarahan BIke Challenge 2019 di Summer Mall, Kota Samarahan hari ini.

Sementara itu, pada Majlis yang sama, Encik Ainie Hj Wahab iaitu Pegawai Daerah Samarahan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Samarahan Bike Challenge 2019 berkata, program ini pada mulanya telah diperkenalkan pada tahun 2013 dan mendapat perhatian daripada semua lapisan dan menerima penyertaan daripada luar negara walaupun ketika itu hanya mempunyai 4 kategori sahaja.

Ujarnya, dengan kerjasama yang jitu daripada semua pihak yang terlibat Kota Samarahan berjaya mengangkat nama sehingga ke tahap ini dan acara seperti ini juga telah dimasukkan ke dalam kalendar Sarawak sebanyak 3 kali.

Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan aluan pada Majlis Perasmian Samarahan Bike Challenge 2019 di Summer Mall, Kota Samarahan hari ini.

Turut hadir, Rubiah Binti Haji Wang (Ahli Parlimen P.197 Kota Samarahan), Awla BIn Dris (ADUN N.25 Simunjan), Residen Bahagian Samarahan, serta Pegawai Daerah Samarahan dan Asajaya.-SarawakVoice

Penerbangan langsung Kuching-Jakarta tak lama lagi


KUCHING: Anda tidak perlu lagi pergi ke Pontianak, Johor Baharu atau Kuala Lumpur jika hendak ke Jakarta, tidak berapa lama lagi.


Kerana akan ada penerbangan langsung dari ibu negeri Sarawak ke ibu kota Indonesia, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Hamzah.


Pada tahun lepas beliau mengumumkan akan ada penerbangan langsung dari Kuching ke Jakarta dan Bangkok, Thailand pada tahun ini.


Penerbangan langsung berkenaan akan menjimatkan kos dan masa penerbangan.

Foto ST

Beberapa tahun lalu, terdapat penerbangan langsung ke kota 11 juta jiwa itu, tetapi tidak diketahui sebab ia dihentikan.


Karim berkata, kementeriannya akan mengumumkan butiran lanjut tentang penerbangan berkenaan yang kini ditunggu-tunggu oleh penduduk Sarawak.


Jakarta dan Bandung merupakan antara destinasi pelancongan terkenal bagi rakyat Sarawak.


“Memandangkan sudah ada penerbangan ke Pontianak, tidak berapa lama lagi akan ada perkhidmatan penerbangan langsung ke Jakarta,” katanya di satu majlis.


Tidak diketahui setakat ini syarikat penerbangan yang akan menyediakan perkhidmatan berkenaan.-SarawakVoice

11 lelaki ditahan kerana terlibat sabung ayam

DICEKUP: Antara suspek yang ditahan kerana dipercayai terlibat dengan aktiviti sabung ayam, petang kelmarin.

SIBU: Seramai 11 lelaki yang dipercayai menjalankan aktiviti perjudian sabung ayam telah ditahan di satu kawasan tanah lapang di tepi jalan Pulau Kerto di sini, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sibu Stanley Jonathan Ringgit berkata, kesemua lelaki warga tempatan yang ditahan adalah berusia antara 26 hingga 60 tahun.

“Mereka ditahan dalam satu serbuan dan tangkapan Ops Dadu oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu jam 1.30 petang kelmarin (Sabtu).

“Dalam operasi itu, kita berjaya merampas lima ekor ayam sabung hidup, seekor ayam sabung yang telah mati, sekeping papan jadual untuk tujuan pertaruhan, sebilah taji ayam dan seunit penimbang,” katanya menerusi kenyataan di sini, semalam.

Menurut Stanley, kes disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Ordinan Penganiayaan Terhadap Binatang 1960.

Sementara itu, dalam kes berasingan polis menahan seorang lelaki di sebuah kedai runcit di Sungai Merah di sini kerana dipercayai terlibat dengan aktiviti tambah nilai judi dalam talian.

Antara barangan yang ditahan daripada saspek yang juga penjaga premis itu adalah seunit telefon bimbit dan wang tunai RM224.

Kes akan disiasat di bawah seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.-UtusanBorneo

Jual loteri haram, tauke kedai runcit diberkas



 


Suspek diberkas oleh polis pada Sabtu

KUCHING: Helah seorang tauke di sini berselindung di sebalik kedai runcitnya untuk menjual loteri haram terbongkar selepas dia ditangkap ketika sedang menjual loteri haram pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata, lelaki berusia 37 tahun itu ditangkap di kedainya di Kampung Pengkalan Tebang sekitar pukul 5.30 petang.

Dedahnya, tangkapan itu hasil aduan orang awam kerana menjalankan kegiatan penjualan loteri tanpa lesen.

Barangan dirampas dari suspek
“Hasil serbuan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau berjaya merampas kertas putih yang tercatit angka disyaki loteri tanpa lesen, telefon bimbit jenis Nokia dan wang tunai berjumlah RM68,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Malah, Poge memberitahu suspek ditahan bersama barang rampasan dan dibawa ke Balai Polis Bau untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka," ujarnya.-UtusanBorneo
Orang awam lalu di hadapan kedai runcit berkenaan


Disangka babi hutan, lelaki maut ditembak rakan sendiri ketika berburu





 
SIBU: Seorang lelaki maut selepas terkena tembakan rakannya ketika berburu di di kawasan Putai di Kapit, petang Sabtu.

Mangsa dikenali sebagai Liee Amat, 40, dari Rumah Roma, Sungai Ranan di Kanowit.

Pada hari kejadian iaitu sekitar 3 petang selepas tiba di Putai, empat daripada mereka turun ke sungai bagi memasang pukat, sementara mangsa dan suspek masuk ke hutan untuk memburu. 

Menurut Ketua Polis Daerah Kapit DSP Freddy Bian, siasatan awal mendapati mangsa dan suspek telah berpecah di lokasi memburu.

"Suspek terdengar bunyi haiwan bergerak di kawasan berlukar sebelah kanan dalam lebih kurang 100 kaki dan menyangka ia merupakan seekor babi hutan.

"Tanpa berfikir panjang, dia terus melepaskan tembak dan terdengar suara rakanya menjerit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Freddy berkata, suspek yang berlari ke arah bunyi tersebut kemudian mendapati rakannya terbaring dalam keadaan berlumurah darah.

Menurutnya, mangsa kemudian keluar dari hutan untuk memanggil empat lagi rakan di sungai bagi meminta bantuan.

"Bagaimanapun, apabila tiba di lokasi, mereka mendapati rakan mereka tidak bernyawa lagi," katanya.

Suspek dan empat lagi rakannya membawa keluar mayat rakan mereka dari hutan sebelum membuat laporan polis dan menyerahkan mayat kepada polis.

Suspek berusia 44 tahun dikatakan berasal dari rumah panjang yang sama dengan mangsa.

Freddy berkata, siasatan awal mendapati senapang yang digunakan adalah milik suspek dan mempunyai lesen berdaftar.

"Pihak kita telah mengambil keterangan dari suspek dan empat rakannya yang lain. Kita telah menahan suspek dan merampas barang-barang kes.

"Suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Kapit dan kita akan memohon reman," katanya sambil menambah siasatan masih diteruskan.-UtusanBorneo

Hamilton takluk GP Bahrain



Penyandang juara dunia Formula Satu (F1), Lewis Hamilton menjulang trofi apabila menjuarai Grand Prix (GP) Bahrain, sebentar tadi. - Foto REUTERS

SAKHIR, Bahrain: Penyandang juara dunia Formula Satu (F1), Lewis Hamilton memanfaat sepenuhnya nasib malang yang menimpa pelumba baharu Ferrari, Charles Leclerc untuk menjuarai Grand Prix (GP) Bahrain, sebentar tadi.

Pemandu Mercedes itu, yang juga juara dunia lima kali tampak seperti akan menamatkan perlumbaan tangga kedua sebelum mengambil alih posisi pendahulu berbaki 10 pusingan berikutan masalah enjin yang dihadapi Leclerc.
Ketika jentera pelumba kelahiran Monaco itu yang memulakan perlumbaan di petak utama mulai perlahan disebabkan masalah enjin, Hamilton menggunakan segala kemahirannya untuk merangkul gelaran ketiga di Bahrain yang juga kemenangan ke-74 kariernya. 

Rakan sepasukannya, Valtteri Bottas yang juga pemenang perlumbaan pembuka musim di Australia menamatkan saingan di tangga kedua.
Leclerc begitupun masih merasai nikmat berdiri di podium apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga selepas melengkapkan perlumbaan di belakang kereta keselamatan susulan kemalangan yang menimpa pasukan Renault dan Red Bull.
“Ia berlaku,” kata Leclerc dengan tenang sejurus perlumbaan. “Ia sebahagian daripada sukan permotoran. Ia amat sukar untuk diterima, tetapi saya yakin kami akan kembali dengan lebih kuat.”
Keputusan menyaksikan Leclerc meraih podium pertama F1 dalam kariernya dan turut mengutip mata selepas melakukan catatan terpantas litar.
“Ia memang nasib yang malang untuk Charles, dia mengharungi perlumbaan yang menakjubkan,” kata Hamilton. “Ada kerja yang kami perlu lakukan untuk mengekalkan mereka di belakang. Ia mesti menyakitkan buat Charles.” - AFP
Keputusan GP Bahrain
1 Lewis Hamilton (GBR) Mercedes AMG Petronas, 
2 Valtteri Bottas (FIN) Mercedes AMG Petronas
3 Charles Leclerc (MON) Scuderia Ferrari
4 Max Verstappen (NED) Aston Martin Red Bull Racing Honda 
5 Sebastian Vettel (GER) Scuderia Ferrari 
6 Lando Norris (GBR) McLaren F1 Team
7 Kimi Raikkonen (ITA) Alfa Romeo Racing
8 Pierre Gasly (FRA) Aston Martin Red Bull Racing Honda 
9 Alexander Albon (THA) Red Bull Toro Rosso Honda 
10 Sergio Perez (MEX) SportPesa Racing Point F1 Team

Liverpool rampas carta pendahulu



Pemain Liverpool, Roberto Firmino (kiri) dan Mohamed Salah (kanan) meraikan jaringan gol kemenangan 2-1 di akhir perlawanan ketika menentang Tottenham Hotspur di Anfield di Liverpool, Britain. - Foto EPA



LIVERPOOL: Liverpool kembali menerajuicarta teratas Liga Perdana Inggeris selepas meraih kemenangan dramatik 2-1 menewaskan Tottenham Hotspur di Anfield, sebentar tadi.
Ketika perlawanan tampak seakan berakhir seri sekali gus memberi kelebihan besar buat Manchester City, tandukan Mohamed Salah pada minit ke-90 gagal dikeluarkan dengan kemas penjaga gol Spurs, Hugo Lloris untuk Toby Alderweireld menjaringkan gol ke gawang sendiri.
Kemenangan membenarkan Liverpool meneruskan pemburuan kejuaraan liga berbaki enam perlawanan tetapi City yang ketinggalan dua mata selepas mengumpul 77 mata memiliki kelebihan beraksi kurang satu perlawanan.

Roberto Firmino memberikan tuan rumah permulaan yang sempurna apabila menanduk masuk gol pendahuluan seawal minit ke-16 berpunca daripada hantaran menarik Andy Robertson.
Begitupun, kedudukan itu berjaya disamakan Spurs menerusi Lucas Moura pada minit ke-70, beberapa saat selepas kemasukan penyerang Korea Selatan, Son Heung-Min.


Pemain Tottenham Lucas Moura menjaringkan gol penyamaan ketika menentang Liverpool pada aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris, sebentar tadi. - Foto Reuters

Gol berkenaan begitupun berpunca daripada gerakan Harry Kane, Kieran Tripper dan Christian Eriksen yang bijak membawa bola ke kawasan penalti Liverpool.

Ketika tuan rumah meningkatkan tekanan untuk kembali menerajui liga, Hugo Lloris menyelamatkan cubaan Alexander-Arnold sebelum pengurus Reds, Jurgen Klopp membawa masuk Fabinho bagi menggantikan James Milner manakala Divock Origi menggantikan Jordan Henderson.

Keputusan itu menyaksikan Liverpool menggunakan formasi 4-2-4 dan ia jelas berhasil apabila cubaan mereka untuk menghasilkan berjaya menerusi gol sendiri Alderweireld. - Agensi

Pak Tam Raja Lawak meninggal dunia


Pak Tam atau nama sebenarnya, Mohamad Nor Rollah Ismail, 61, menghembuskan nafas terakhir pagi tadi.


KUALA LUMPUR - Bekas peserta Raja Lawak musim kedua, Pak Tam atau nama sebenarnya, Mohamad Nor Rollah Ismail, 61, menghembuskan nafas terakhir pagi tadi.


Berita pemergian Pak Tam dikongsikan oleh rakannya yang juga bekas peserta Raja Lawak, Mohammad Amirullah Azmi atau dikenali sebagai Amir di laman Instagram.


“Dapat perkhabaran sedih menerusi group WhatsApp, Pak Tam Raja Lawak meninggal dunia pagi ini.

“Semoga roh Pak Tam ditempatkan bersama orang beriman, beramal soleh dan ahli syurga, insya-Allah,” katanya.

Menurut Amir lagi, arwah menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Sewaktu menyertai Raja Lawak Musim Kedua pada 2008, Pak Tam berjaya meraih tempat keempat. - K! ONLINE

Bapa berhati binatang rogol lima anak perempuan sampai hamil



KALIMANTAN:  Nafsu apa dan perkataan apa hendak digunakan untuk ayah yang seorang ini, sukar untuk ditentukan.
Mungkin perkataan binatang paling sesuai digunakan.

Polis Pontianak menahan  seorang lelaki berusia 49 berasal dari Kecamatan Sungai Kakap yang tidak berhati perut mencabuli lima anak perempuan sehingga ada yang hamil dan melahirkan anak.

Seorang anak dengan singkatan  RM berusia 16 tahun yang menjadi mangsa mengaku akibat perbuatan biadab  ayahnya, dirinya sampai hamil dan menggugurkan kandungannya, sampai dua kali.

“Saat ditahan polis ia hanya tertunduk lesu, tak ada satu kata pun yang keluar dari mulutnya, kendati pemberita media mencuba bertanya kepadanya, tangan kirinya tampak terbalut perban akibat terluka, dan wajahnya tampak lemas, jalannya lemah tergontai, dengan pandangan kosong,” kata TribunKubuRaya dalam satu laporannya.

Tindakan keji itu terbongkar selepas seorang mangsa mengadu kepada ibunya yang kemudian membuat laporan polis.

Hasil pemeriksaan dan soal siasat terhadap salah seorang mangsa yang berusia 16 tahun mendapati dia telah dicabul sejak tahun 2017.

Bahkan pihak polis menyifatkan kejahatan ini sebagai kejahatan luar biasa.

Sebelumnya, ia mengungkapkan bahawa ibu mangsa bersama korban minggu lalu telah mendatangi pihaknya untuk mengadukan kan hal ini.

“Beberapa minggu lalu ibu dan mangsa dengan datang ke sini memaklumkan mereka sudah menyampaikan laporan polis, terkait kes kejahatan seksual yang dilakukan oleh ayah kandungnya,” ujarnya.-SarawakVoice

Ingat Bunga Rvpanya Burung Lelaki Trkejut Kkasih Brhij4b Yang Dcintai Rupanya Bertelor




Sewaktv bercinta semuanya ind4h, kentut yang busuk pun dikata wangi. Tu belum part korek hidung di tempat aw4m, pun dikata c0mel.. Alah ingat min tak tau ke zaman bercinta korang.


Tapi macam mana kalau kekasih korang tu sebenarnya dari sama jantina? Dah kekasih korang selama ini menyamar jadi jantin4 berbeza semata -mata untuk mengaburi mata korang? Terkezvt tak?
K3kasihk u ‘wanita berloceng’?

Kes ini dilaporkan berlaku di Wilayah Kalimatan Tengah, Indonesia. Itu pun selepas pasangan lelaki dan wanita berhijab ini ditangkap polis sewaktu sedang bercumbu di sebuah taman awam..Kalau tak bercumbu tak kantoi lah?

Menurut laporan Borneonews, Rizki Budiansyah, 26 dan kekasihnya Lavren, 21 tahun telah menjalin hubungan cinta selama 8 bulan.

Jurvcakap p0lis, Hermon F Lion berkata ketika pasangan tersebut ditangkap, polis meminta kad pengenalan pasangan itu sebelum mendapati kad pengenalan Lavren tertera yang ‘dia’ seorang lelaki..what?? Lelaki? Bertelo la maksudnya?

Malah Lavren juga mengaku yang dia sebenarnya lelaki tapi mengenakan pakaian seperti wanita malah siap bertudung lagi.

Pengakuan Lavren itu memang buatkan Rizki terkejut besar sebab dia tak tahu yang sebenarnya kekasihnya itu seorang ‘pondan’ meskipun telah 8 bulan jalinkan hubungan percintaan..siapa tak terkejut kan!

Saye sangat meny3sal, ternyata Lavren yang putih, gebu, badan melentik dan tinggi lampai adalah seorang lelaki

Rizki yang berasal dari Desa Pasir Panjang, Kabupaten Kotawaringin kira-kira 1,300 kilometer dari Jakarta berkata Lauvren ni tak bekerja dan akan datang ke Pangkalan Bun semata-mata untuk bertemu dengannya.

Mereka hanya sempat jumpa dua kali sebulan kerana jarak tempat tinggal masing-masing yang agak jauh.

“Setiap kali bertemu, dia akan memakai tudung, tiada sedikit pun kelakuannya yang mencurigakan dan dia memang nampak seperti seorang perempuan.”

“Namun baru saye tahu, ternyata Lavren yang putih, gebu, badan melentik dan tinggi lampai adalah seorang lelaki. Saye sangat menyesal pak,”

Apa yang mengejutkan sewaktu polis jalankan pemeriksaan ke atas Rizki dan Lavren, mereka mendapati pil hormon dan sebotol minyak pengasih dalam beg tangan Lavren.

Itu minyak buluh perindu, jangan dibuka.”- Lavren

Malah ‘wanita’ itu turut mengaku yang dia telah memperdayakan Rizki di media sosial.

Bagaimanapun Rizki dan Lavren dibebaskan selepas diambil keterangan. Malah pasangan itu turut diberi amaran supaya tidak mengulangi perbuatan tidak senonoh itu lagi.

Fuhhh min yang baca pun berdebar, apatah lagi Rizki. Apa la agaknya khabar dorang yer?

One Two Jaga Filem Terbaik FFM30



Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo (tengah) bersama Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith pada Majlis Malam Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-30 (FFM30) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam ini. - Foto BERNAMA

Pengarah Filem One Two Jaga, Namron merangkul trofi pada Festival Filem Malaysia 30 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). - Foto Aziah Azmee

Penerbit Filem One Two Jaga Bront Palarae bersama Pengarah Filem One Two Jaga Namron bergambar kenangan selepas memenangi kategori filem terbaik pada Majlis Malam Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-30 (FFM30) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

PUTRAJAYA: One Two Jaga dinobat sebagai Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-30 (FFM30) yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini malam ini.

Selain pengiktirafan tertinggi terbabit, karya terbitan Pixel Play Entertainment arahan Namron itu turut mencipta kegemilangan dengan membawa pulang lima lagi anugerah lain.

Bintang utamanya, Rosdeen Suboh, diumumkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik, manakala Namron sendiri berjaya menjulang trofi Pengarah Terbaik.

Filem itu juga memenangi kategori Lakon Layar Terbaik, Cerita Asal Terbaik dan Poster Terbaik.

Bersaing dengan empat filem hebat iaitu Dukun, Paskal The Movie, Vedigundu Passange dan Guang, karya itu mengangkat kisah sisi gelap dunia kepolisan dengan paparan segelintir anggotanya terbabit dalam gejala rasuah serta jenayah.

Menteri KomunIkasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo menyampaikan anugerah kepada Penerbit Filem One Two Jaga Bront Palarae yang memenangi kategori Filem Terbaik pada Majlis Malam Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-30 (FFM30) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

Pemenang Filem Terbaik, One Two Jaga , bersama sama Pengarah Filem One Two Jaga, Namron, pada Festival Filem Malaysia 30 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). - Foto Aziah Azmee

Trofi disampaikan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Gobind Singh Deo, yang turut merasmikan malam kemuncak festival berkenaan.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Komunikasi & Multimedia, Eddin Syazlee Shith; Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Datuk Samsuni Mohd Nor; dan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Seperti diramalkan, lakonan hebat Datin Seri Umie Aida dalam Dukun sekali lagi melayakkannya diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik.

Pemenang Pelakon Wanita Terbaik, Datin Paduka Umie Aida pada Festival Filem Malaysia 30 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). - Foto Aziah Azmee

November lalu, Umie menjulang trofi Pelakon Wanita Terbaik Filem, Anugerah Skrin 2018, menerusi naskhah sama.

Lakonan Nabila Huda dalam Makrifat Cinta pula memikat hati juri untuk memilihnya sebagai penerima trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, manakala Hasnul Rahmat daripada Polis Evo 2 sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Trofi Pelakon Lelaki Harapan menjadi milik Kyo Chen hasil persembahannya menerusi Guang, manakala kategori Pelakon Wanita Harapan diungguli Jaya Ganason (The Farm En Veettu Thottathil).

Eng Wei Jie pula dipilih sebagai Pelakon Kanak-Kanak Terbaik menerusi Rise Of The Legend: Lee Chong Wei.

FFM30 turut mengiktiraf filem Paskal The Movie, Vedigundu Pasangge dan Busker untuk menerima Anugerah Khas Juri.

Pemenang Karyawan Sepanjang Zaman, Seniman A R Badul pada Festival Filem Malaysia 30 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). - Foto Aziah Azmee

Penghormatan juga diberikan kepada pengarah dan pelakon, AR Badul, yang menerima Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman.

Mengangkat tema Inspirasi Sinemaku, FFM30 menyaksikan 42 filem bersaing merebut 27 trofi dipertandingkan, termasuk tiga anugerah khas.

Daripada karya terbabit pula, 25 daripadanya adalah filem berbahasa Malaysia, Mandarin (lapan), Tamil (tujuh) dan dua lagi Kantonis.

Acara itu dihoskan artis serba boleh, Nabil
Ahmad, yang bergandingan dengan Adibah Noor. Ia diserikan dengan persembahan Datuk Jamal Abdillah, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datin Alyah, Jaclyn Victor, Hafiz Suip, Ernie Zakri, Sophia Liana, Zizi Kirana, Syamel, Billy Zulkarnain dan Innuendo.

Info: Pemenang FFM30
Filem Terbaik: One Two Jaga (Pixel Play Entertainment)
Pengarah Terbaik: Namron (One Two Jaga) 
Pelakon Lelaki Terbaik: Rosdeen Suboh (One Two Jaga)
Pelakon Wanita Terbaik: Datin Seri Umie Aida (Dukun)

Pemenang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Hasnul Rahmat pada Festival Filem Malaysia 30 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). - Foto Aziah Azmee

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Hasnul Rahmat (Polis Evo 2) 
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Nabila Huda (Makrifat Cinta)
Pengarah Harapan: Quek Shio Chuan (Guang) 
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Eng Wei Jie (Rise Of The Legend: Lee Chong Wei)
Pelakon Wanita Harapan: Jaya Ganason (The Farm En Veettu Thottathil) 
Pelakon Lelaki Harapan: Kyo Chen (Guang)
Lakon Layar Terbaik: Amri Rohaiyat, Fared Ayam & Namron (One Two Jaga) 
Sinematografi Terbaik: Yeong Tuck Wei (Guang)
Cerita Asal Terbaik: Pitt Haniff, Muhammad Syafiq & Namron (One Two Jaga) 
Kostum & Busana Terbaik: Andy Sulaiman (Dukun) 
Penataan Bunyi Terbaik: Imaginex Studio Sdn Bhd (Pulang)
Penataan Seni Terbaik: Chan Hsien Yu (Guang)
Kesan Khas Terbaik: Pixelpost (Dukun)
Penyunting Terbaik: Raja Affandi Raja Jamaludin (Dukun)
Skor Muzik Asal Terbaik: Nick Davis (Two Sisters) 
Poster Terbaik: Jazzy Pictures (One Two Jaga)
Lagu Tema Terbaik: Atma Jiwa, Monoloque (Busker)
Anugerah Khas Juri 1: Paskal The Movie (Asia Tropical Films Sdn Bhd) 
Anugerah Khas Juri 2: Vedigundu Pasangge (Veedu Production Sdn Bhd)
Anugerah Khas Juri 3: Busker (Astro Shaw Sdn Bhd) 
Filem Box Office: Munafik 2 (Skop Productions Sdn Bhd) - RM37,797,423
Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman: AR Badul
Anugerah Penggiat Belakang Tabir: Habsah Hassan

Rashford, Martial buat Solskjaer tersenyum



Pemain Manchester United, Marcus Rashford (kiri) menewaskan penjaga gol Watford FC, Ben Foster untuk gol pertama pasukannya pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, malam tadi. - Foto EPA

MANCHESTER: Ole Gunnar Solskjaer meraikan perlawanan pertamanya sebagai pengurus sepenuh masa Manchester United dengan kemenangan 2-1 menundukkan Watford di Old Trafford, malam tadi.
Begitupun, ia bukan perlawanan yang diharapkan daripada United tetapi gol daripada Marcus Rashford dan Anthony Martial pada kedua-dua babak permainan mengesahkan kemenangan sekali gus membawa Red Devils ke tangga keempat Liga Perdana Inggeris.
Selepas 31 perlawanan, United ketika ini mengumpul jumlah mata yang sama, 61 mata dengan pasukan tangga ketiga, Tottenham Hotspur tetapi bermain lebih satu perlawanan berbanding kelab dari London itu.

United mendahului permainan pada minit ke-28 apabila hantaran yang dijana Luke Shaw bijak disempurnakan Rashford untuk menyaksikan penjaga gol Watford, Ben Foster tertewas.
Watford begitupun lebih banyak menguasai permainan di bahagian United dan tampak berbahaya sebelum rehat sebelum tuan rumah mengesahkan tiga mata menerusi jaringan Martial pada minit ke-72.

Pemain Manchester United, Anthony Martial (3 dari kiri) menanduk bola masuk ke gawang Watford FC pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, malam tadi. - Foto EPA

Berpunca daripada hantaran rendah pemain gantian, Jesse Lingard, Martial tidak bermasalah untuk menewaskan Foster bagi meletakkan United mendahului 2-0.
Watford memperoleh jaringan yang diharapkan apabila Abdoulaye Doucoure memecah kebuntuan pada minit ke-90 berpunca hantaran Isaac Success tetapi ia agak terlewat.
Bekas penyerang United, Solksjaer dianugerahkan kontrak selama tiga tahun, Khamis lalu sudah mengemudi Red Devils meraih 15 kemenangan daripada 20 perlawanan sejak mengambil alih jawatan pada Disember lalu. 
Sementara itu dalam perlawanan lain, Brighton & Hove Albion menewaskan Southampton 1-0 di Stadium Amex manakala Burnley mengalahkan Wolverhampton 2-0 di Turf Moor dengan Leicester City meraih kemenangan 2-0 ke atas  Bournemouth. - Reuters

Pemandu langgar lari diburu



PEMANDU kereta BMW yang didaftarkan atas nama sebuah syarikta diburu polis kerana terbabit dengan kejadian langgar lari. FOTO Ihsan Polis


POLIS memburu pemandu kereta BMW berwarna putih yang terbabit dalam kejadian langgar lari menyebabkan seorang penghantar surat khabar maut, semalam.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, berdasarkan semakan pihaknya, kereta berkenaan didaftarkan atas nama sebuah syarikat.

Bagaimanapun, katanya, ketika pegawai penyiasat pergi ke alamat yang didaftarkan, syarikat terbabit didapati sudah tidak lagi beroperasi.

“Setakat ini tiada sesiapa yang datang menuntut kereta berkenaan dan belum ada yang tampil mengaku memandu kereta itu ketika kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sehubungan itu orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu dan mengetahui pemandu kereta terbabit ketika kejadian, diminta menghubungi polis untuk membantu siasatan.

Alexson berkata, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam kejadian 6.15 pagi semalam, penghantar surat khabar maut dalam kejadian langgar lari di Jalan Tun Jugah di Kuching.

Mangsa, Chong Kui Hin, 67, yang menunggang motosikal Honda C100 dalam perjalanan menghala ke Kuching Sentral, maut di tempat kejadian akibat parah pada kepala.

Kejadian itu berlaku apabila motosikal lelaki itu dirempuh kereta BMW itu dari belakang menyebabkan mangsa tercampak ke bahu jalan.

Pemandu yang melanggar mangsa melarikan diri, namun kenderaannya ditemui ditinggalkan di tepi Jalan Airport, berhampiran Kuching Sentral.

Kereta BMW yang kemek di bahagian depan itu kemudian ditunda ke Balai Trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching untuk tindakan lanjut.-HarianMetro

JDT II lepas takhta Liga Perdana



PEMAIN JDT II, Darren Yee Deng Lok (kiri) diasak pemain Sarawak, Mohd Badrul Hisham Mohd Hussien pada perlawanan Liga Perdana 2019 di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin. - Foto Mohd Azren Jamaludin

JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta'zim II (JD
TII) gagal mempertahankan kedudukan teratas Liga Perdana apabila sekadar seri 1-1 bertemu Sarawak pada aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.

Keputusan itu menyaksikan Sabah melonjak ke tangga teratas selepas menewaskan Pulau Pinang 2-0 untuk mengumpul 14 mata manakala JDT II yang turut mengumpul mata yang sama dipisahkan dengan perbezaan jaringan. 

Bagaimanapun skuad kendalian Ervin Boban masih gah mempertahankan rekod tanpa kalah selepas mengharungi enam perlawanan.

Aksi kedua-dua pasukan itu yang sepatutnya berlangsung di Stadium Pasir Gudang tetapi Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memindahkan perlawanan itu sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak kejadian tidak diingini selepas insiden pencemaran sisa toksid yang berlaku di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, baru-baru ini.

Memasuki minit ke-10 tuan rumah selesa berada di depan berpunca daripada bola umpanan Amirulhadi Zainal membuka ruang buat Lucas Ontivero yang sempat menggelecek pertahanan pelawat sebelum merembat bola kencang menewaskan penjaga gol, Andy Nicholas Nipen.

Peluang terbaik pelawat untuk menyamakan jaringan pada minit ke-22 terlepas begitu sahaja apabila bola sepakan percuma Nur Shamie Iszuan Amin sekadar terkena benteng dan langsung tidak menggugat penjaga gol, Haziq Nadzli.

Bersambung babak kedua, pelawat tampak menguasai perlawanan dan hampir menyamakan jaringan pada minit ke-47 namun bola sepakan lencong Mohamad Alif Hassan terkena palang gol ketika Haziq sudah tertewas.

Sedar betapa pelawat begitu rakus mengasak ke kubu JDT II, Boban bagaikan memberi isyarat kepada pemainnya untuk kembali menguasai perlawanan dan mengelak daripada membiarkan pasukan lawan bergerak melancarkan serangan.

Ternyata Haziq terpaksa bekerja keras dalam perlawanan itu selepas kerap mengawal gawang bagi menghalang beberapa percubaan berbahaya Sarawak yang bertali arus mengasak ke kubu tuan rumah tatkala benteng gandingan Bruno Soares dan Kiko Insa tampak begitu rapuh.

Namun pada minit ke-70 tindakan Haziq menjatuhkan kapten Bobby Gonzales menyaksikan pengadil, Abdul Rahman Wahab tidak teragak-agak memberi sepakan penalti dan Hudson Dias mudah menyepak masuk untuk meletak kedudukan seri 1-1 dan keputusan itu kekal sehingga tamat perlawanan.
 

Nama dalam misi tepis stereotaip wanita berhijab melalui Asias Got Talent


NAMA: Kami mahu orang di luar sana terutamanya masyarakat antarabangsa melihat yang wanita berhijab ini juga punya impian dan bakat tersendiri dalam bidang nyanyian. -AWANI


WANITA berhijab dalam bidang nyanyian sangat dominan di Malaysia serta Indonesia, tetapi bukan di negara Asia yang lain, terutamanya di pentas antarabangsa.

Kumpulan gadis berhijab, Nama memilih Asia’s Got Talent (AGT) sebagai platform untuk mereka memperkenalkan diri mereka serta mengubah persepsi masyarakat dunia terhadap wanita berhijab.

“Kami mahu orang di luar sana terutamanya masyarakat antarabangsa melihat yang wanita berhijab ini juga punya impian dan bakat tersendiri dalam bidang nyanyian.

“Selain itu, kami berharap orang di luar sana terutamanya masyarakat antarabangsa yang tidak biasa melihat wanita berhijab menceburi bidang nyanyian ini mengubah pandangan stereotaip serta persepsi ini.

“Ini kerana semua wanita itu sama sahaja, berhijab atau tidak tiada bezanya kerana setiap orang itu mempunyai bakat mereka tersendiri yang ingin ditonjolkan,” ujar Nur Farzina ketika ditemu bual semasa menghadiri Festival Seni Universiti Malaya pada Jumaat.

Tambahnya lagi, bukan mudah untuk mereka mengekalkan imej kesantunan sebagai wanita berhijab tetapi dengan pemilihan pakaian dan lagu yang bersesuaian sangat dititikberatkan.

“Sebagai seorang penghibur bukan mudah untuk kami menari dan menyanyi dalam satu masa serta mengekalkan imej ini, tetapi itu adalah satu cabaran buat kami,” ujar Noor Syamimi.

“Nama juga menitikberatkan pemilihan tudung dan pakaian yang sopan, semestinya tidak berlebihan, serta pemilihan lagu yang bersesuaian dengan imej kami, tetapi masih menonjolkan kehebatan vokal kami,” kata Norfazira.

Tertubuhnya kumpulan itu, bermula daripada Festival Seni Universiti Malaya di mana mereka berentap sesama sendiri untuk bergelar juara dalam pertandingan tersebut sebelum disatukan.

Nama akan berentap di pentas akhir Asia’s Got Talent musim ketiga pada 4 April ini.

Polis usah takut dirakam ketika bertugas




FOTO Hiasan
TINDAKAN orang awam merakam menggunakan telefon pintar ketika anggota polis menjalankan tugas perlu dijadikan motivasi anggota berkenaan supaya sentiasa berkelakuan profesional ketika bertugas.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Pahlawan Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, setiap tingkah laku dan gerak-geri pegawai dan anggota sebenarnya sentiasa dalam pengawasan orang awam.

Katanya, apa sahaja kelakuan dan perbuatan anggota polis, masyarakat akan memerhati.

“Jadi, kita perlu memastikan segala perkhidmatan kepada orang awam berada pada peringkat paling tinggi dan terbaik.

Kemajuan teknologi masa kini menjadikan masyarakat mudah merakam tingkah laku anggota polis yang kemudian ditularkan dalam media sosial, ini akan menjejaskan imej pasukan,” katanya ketika berucap sempena lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong, hari ini.

Ketibaan beliau disambut Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Fahdil Antum Abdullah, bersama 15 pegawai kanan polis, 20 anggota pangkat rendah dan 11 pegawai awam dengan menerima tabik hormat dari pemeriksaan kawalan IPD Betong.

Mohd Dzuraidi ketika mengulas lanjut, berkata orang awam meletakkan sepenuh kepercayaan kepada polis untuk menjaga keselamatan mereka.

“Justeru, kita selaku satu pasukan polis kena mengelak mendapat tanggapan buruk dalam kalangan masyarakat dan jangan sesekali melakukan tindakan tidak bersesuaian ketika bertugas,” katanya.

Beliau berkata, persepsi buruk terhadap polis mampu mengurangkan keyakinan masyarakat kepada integriti pasukan keselamatan itu.

“Selain disiplin polis itu sendiri, indeks jenayah perlu diberi perhatian agar berada dalam keadaan terkawal dan sekiranya indeks jenayah meningkat, situasi ini pastinya menimbulkan rasa takut masyarakat,”.HM

Pemasaran berasaskan komuniti penting untuk promosi sektor pelancongan




KUCHING: Sarawak perlu sentiasa mempromosikan tarikan pelancongan yang ada termasuk berhubung dengan orang luar yang berminat untuk datang melawat ke negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg menegaskan, untuk mencapai tujuan tersebut penggunaan teknologi terkini seperti “Community-based Marketing” atau pemasaran berasaskan komuniti melalui laman media sangat penting untuk mempromosikan produk pelancongan.

Jelasnya, dahulu untuk melakukan perkara itu, pemasaran memerlukan kenyataan media, pengiklanan, penjenamaan dan sebagainya, tetapi kini cara itu sudah jarang digunakan kerana pengaruh laman sosial.

Jelasnya, sebagai contoh sekiranya dalam laman Facebook mempunyai 2 bilion akaun pengguna, maka peluang untuk memasarkan produk pelancongan juga dapat dipamerkan serta dikongsikan dalam kalangan 2 bilion komuniti berkenaan.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas melancarkan pusat bersepadu teknikal, digital dan warisan CENTEXS di Kuching semalam.

Selain itu, Ketua Menteri Abang Johari memberitahu penggunaan teknologi

“Virtual Reality” dan peralatan pemasaran yang lain juga penting untuk menarik minat pelancong luar untuk datang menikmati sendiri tarikan produk pelancongan sedia ada sekaligus meningkatkan lagi industri sektor pelancongan Sarawak.-SarawakVoice

Tiga disyaki kaki curi dicekup, bawa sembilan tong berisi diesel


Kesemua suspek diberkas bersama sembilan tong berisi minyak diesel
SIBU: Tiga 'kaki curi' termasuk seorang yang baharu keluar penjara diberkas apabila disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri sembilan tong berisi minyak diesel pada Jumaat

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, pasukan polis peronda ketika membuat rondaan cegah jenayah terserempak dengan tiga lelaki mencurigakan yang menaiki sebuah kereta di Jalan Paradom pada jam 6.50 petang.

"Pemeriksaan lanjut di but belakang kereta tersebut mendapati sembilan tong pelbagai warna dan saiz yang berisi penuh minyak diesel,"  katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tong minyak diesel yang dijumpai dalam but belakang kereta dinaiki suspek-suspek
Katanya, ketiga-tiha suspek gagal memberi alasan munasabah apabila ditanya dari mana mereka memperolehi tong-tong minyak tersebut.

Ketiga-tiga suspek yang berumur antara 39 hingga 51 tahun ditangkap manakala kereta serta tong-tong minyak dirampas dan dibawa balik ke Balai Polis Lanang untuk tindakan lanjut.

"Mereka bertiga yang menggangur sering terlibat dalam kes pecah rumah dan curi di sekitar bandar ini," jelasnya lanjut.-UtusanBorneo
 

Buruh cedera parah, dilibas di leher selepas tagih hutang





Mangsa dirujuk ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut

SIBU: Gara-gara menagih hutang daripada dua lelaki sebanyak RM21, seorang buruh cedera parah akibat dikelar di leher di kediamannya di Taman Kristal, Sibu Jaya, di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, selain mengalami kecederaan parah di leher, lelaki berusia 45 tahun itu turut calar di bahu dan hidung serta bengkak mata kanan kerana ditumbuk.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, siasatan awal mendapati kejadian berpunca selepas mangsa menagih hutang dari dua lelaki yang masing-masing berumur dalam lingkungan 20an ketika sesi minum arak.

"Ketika sesi minum arak, mangsa telah menagih hutang sebanyak RM21 namun tidak dijawab oleh kedua-dua suspek yang kemudian beredar dan datang semula ke kediaman mangsa.

"Salah seorang suspek memegang kepala mangsa dan menumbuk manakala seorang lagi  mengeluarkan objek tajam lalu melibasnya ke arah mangsa sebelum melarikan diri dari tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Seorang suspek berjaya dikesan, manakala seorang lagi masih bebas
Stanley berkata, mangsa kemudian berjalan kaki ke Balai Polis Sibu Jaya untuk mendapat bantuan sebelum dihantar ke Klinik Sibu Jaya dan dirujuk ke Hospital Sibu.

Difahamkan, kecederaan mangsa agak serius dan memerlukan pembedahan namun dia bernasib baik kerana ia tidak terkena organ penting di bahagian leher.

Katanya, susulan menerima laporan, seorang buruh, 21, diberkas oleh pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu di Jalan Sibu Jaya Barat pada pukul 11 malam, hari yang sama.

Katanya, usaha mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas sedang giat dijalankan.

"Suspek akan tahan direman untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh," tambah beliau.-UtusanBorneo

Sarawak akan tingkat kawasan penanaman nanas




Tanaman nanas jenis MD2

Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak menyasarkan 16,000 hektar akan ditanam dengan nanas menjelang 2030, dengan 80 peratus hasil pengeluaran adalah untuk eksport.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata untuk itu, kementerian berkenaan bersama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) telah menyusun perancangan bagi menjayakan sasaran terbabit.

“Antara tanaman utama yang telah dikenal pasti ialah nanas kerana tanaman nanas, terutama varieti MD2, dikenal pasti sebagai antara tanaman yang mampu melonjakkan sektor pertanian di Sarawak,” katanya merasmikan Program Nanas Berambeh@Plaza Merdeka di sini.-Bernama

Warga emas ditahan disyaki rogol kanak-kanak lembam




KoTA KINABALU: Seorang lelaki warga emas mempunyai tiga cucu ditahan polis selepas disyaki merogol seorang kanak-kanak berusia 11 tahun di rumahnya di Jalan Lintas, di sini, tengah malam tadi.
Suspek berusia 66 tahun ditahan kira-kira jam 12 tengah malam selepas polis menerima laporan mengenai kejadian itu, petang semalam.


Difahamkan, suspek dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu di rumahnya pada Jun 2018 lalu.

Ketika itu, suspek mengajak mangsa yang juga jirannya masuk ke rumah lalu membawanya ke dalam bilik tidur sebelum bertindak merogol mangsa yang juga orang kurang upaya (OKU) lembam.

Kejadian yang menimpa mangsa itu terbongkar apabila rakan kepada mangsa menceritakan kepada ibu mangsa pada 3 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji ketika dihubungi, mengesahkan mengenai kejadian itu dan
siasatan lanjut masih dijalankan.

“Susulan laporan daripada keluarga mangsa, sepasukan polis menahan suspek di rumahnya tengah malam tadi.

“Soal siasat masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.-BH Online

Kerajaan Sarawak terus menyokong pendidikan sekolah Cina




KUCHING: Kerajaan Sarawak sentiasa komited dalam menyokong serta mengiktiraf pendidikan serta pembangunan sekolah-sekolah cina di negeri itu.

Justeru, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Openg berkata, usaha bekas Ketua Menteri Pehin Sri Adenan Satem akan sentiasa didokong dengan memperuntukkan sejumlah RM 8 juta untuk sekolah aliran cina tahun ini.

Sehubungan itu menurutnya, jumlah berkenaan dilihat meningkat sebanyak RM 1 juta dimana sebelum ini peruntukkan adalah sebanyak RM 7 juta pada tahun lepas.

Foto TV Sarawak

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis ulang tahun ke-35 Persekutuan Lembaga Pengurusan Sekolah Rendah Bantuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian dan makan malam kutipan amal Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Bako di Dewan Alumni SJK Chung Hua No 3 di Kuching, Jumaat malam.

Dalam majlis yang sama, beliau turut mengumumkan sumbangan sejumlah RM 3 juta bagi menambah dana yang sedia ada untuk membina semula SJK Chung Hua Bako di tapak barunya di Samarahan.

Projek pembinaan semula SJK Chung Hua Bako dijangka menelan kos sebanyak RM 6 juta.-SV

Litar lumba Mat Rempit di Batu 18 Jalan Kuching-Serian diserbu Trafik Pedawan


KUCHING: Enam motosikal Mat Rempit disita dalam Ops Samseng Jalanan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan pada malam tadi.

Operasi yang diadakan di Batu 18 Jalan Kuching-Serian bermula jam 11 malam hingga 3.30 pagi itu turut mengeluarkan sebanyak 37 saman daripada 110 buah motosikal yang diperiksa atas pelbagai kesalahan lintas.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan, DSP Merbin Lisa, antara kesalahan lalu lintas yang dikesan adalah seperti cukai jalan tamat tempoh, tiada lesen memandu, ubah suai kenderaan, nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan dan tidak memakai topi keledar.
 


Polis Padawan melakukan pemeriksaan ke atas motosikal yang ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan lumba haram di Batu 18 Jalan Kuching-Serian.


“Operasi ini bertujuan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya ke tahap yang paling minimum.

“Lumba haram yang di lakukan oleh Mat Rempit ini bukan sahaja boleh membahayakan diri sendiri malahan pengguna jalan raya yang lain serta mengganggu ketenteraman awam dengan bunyi bising daripada ekzos yang diubah suai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Operasi berkenaan yang diketuai oleh Ketua  Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Padawan ASP Muhamad Rizal Alias,  dengan kekuatan dua pegawai kanan dan tujuh anggota itu turut melibatkan seramai enam anggota Sukarelawan Simpanan Polis (PVR).-SS


Beberapa Mat Rempit bersama motosikal mereka dibawa ke IPD Padawan setelah ditangkap dalam Ops Samseng Jalanan pada malam Jumaat lalu.


Ada saja yang kena tipu


KEMPEN kesedaran berterusan menggunakan pelbagai kaedah dilakukan pihak berkuasa untuk mengingatkan orang ramai mengenai penipuan Macau Scam namun usaha itu seolah-olah tidak memadai apabila masih ada yang terpedaya.

Terbaru, tiga laporan diterima semalam masing-masing satu di Kuching dan dua di Miri membabitkan kerugian berjumlah RM80,000.

Dalam kes pertama di Kuching, seorang wanita berusia 58 tahun yang juga pesara kerajaan kerugian sebanyak RM54,000 selepas diperdaya dengan panggilan ahli sindiket itu yang menyamar sebagai pegawai polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak, Superintendan Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, bimbang dengan dakwaan terbabit dalam kes dadah dan pengubahan wang haram, mangsa bersetuju membayar sejumlah wang bagi menyelesaikan kes itu.

Beliau berkata, kes kedua di Miri pula membabitkan seorang juru perunding yang kerugian RM5,992.70 selepas sindiket itu mendakwa dia melarikan diri daripada membayar cukai.

Mustafa berkata, kes ketiga juga di Miri menyebabkan seorang ahli perniagaan kerugian sebanyak RM19,999.74 apabila terpedaya selepas menerima panggilan mendakwa dia memiliki hutang kad kredit tertunggak untuk transaksi di Semenanjung Malaysia.

“Setiap hari, ada saja berita, artikel malah video mengenai bagaimana modus operandi Macau Scam serta cara bagaimana untuk mencegahnya kita siarkan di pelbagai media.

“Malangnya masih ada yang tidak pernah langsung mendengar atau mengetahui mengenai wujudnya penipuan Macau Scam itu,” katanya.

Bagaimanapun, Mustafa berkata, pihaknya tidak akan berhenti memberi peringatan agar seluruh rakyat Sarawak menyedari bahawa panggilan yang mereka terima antaranya daripada polis, mahkamah, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau bank yang meminta membayar sejumlah wang bagi menyelesaikan sesuatu kes, adalah palsu.

“Polis mahupun agensi lain serta pihak bank tidak akan meminta sesiapa menyelesaikan sesuatu kes dengan membuat pembayaran melalui akaun bank.

“Jika menerima panggilan seperti itu, pergilah ke balai polis atau mahkamah atau mana-mana agensi yang diberitahu oleh penjenayah itu untuk mendapatkan pengesahan,” katanya.-HM

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...