Litar lumba Mat Rempit di Batu 18 Jalan Kuching-Serian diserbu Trafik Pedawan


KUCHING: Enam motosikal Mat Rempit disita dalam Ops Samseng Jalanan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan pada malam tadi.

Operasi yang diadakan di Batu 18 Jalan Kuching-Serian bermula jam 11 malam hingga 3.30 pagi itu turut mengeluarkan sebanyak 37 saman daripada 110 buah motosikal yang diperiksa atas pelbagai kesalahan lintas.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan, DSP Merbin Lisa, antara kesalahan lalu lintas yang dikesan adalah seperti cukai jalan tamat tempoh, tiada lesen memandu, ubah suai kenderaan, nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan dan tidak memakai topi keledar.
 


Polis Padawan melakukan pemeriksaan ke atas motosikal yang ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan lumba haram di Batu 18 Jalan Kuching-Serian.


“Operasi ini bertujuan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya ke tahap yang paling minimum.

“Lumba haram yang di lakukan oleh Mat Rempit ini bukan sahaja boleh membahayakan diri sendiri malahan pengguna jalan raya yang lain serta mengganggu ketenteraman awam dengan bunyi bising daripada ekzos yang diubah suai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Operasi berkenaan yang diketuai oleh Ketua  Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Padawan ASP Muhamad Rizal Alias,  dengan kekuatan dua pegawai kanan dan tujuh anggota itu turut melibatkan seramai enam anggota Sukarelawan Simpanan Polis (PVR).-SS


Beberapa Mat Rempit bersama motosikal mereka dibawa ke IPD Padawan setelah ditangkap dalam Ops Samseng Jalanan pada malam Jumaat lalu.


No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...