Kerajaan Sarawak terus menyokong pendidikan sekolah Cina




KUCHING: Kerajaan Sarawak sentiasa komited dalam menyokong serta mengiktiraf pendidikan serta pembangunan sekolah-sekolah cina di negeri itu.

Justeru, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Openg berkata, usaha bekas Ketua Menteri Pehin Sri Adenan Satem akan sentiasa didokong dengan memperuntukkan sejumlah RM 8 juta untuk sekolah aliran cina tahun ini.

Sehubungan itu menurutnya, jumlah berkenaan dilihat meningkat sebanyak RM 1 juta dimana sebelum ini peruntukkan adalah sebanyak RM 7 juta pada tahun lepas.

Foto TV Sarawak

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis ulang tahun ke-35 Persekutuan Lembaga Pengurusan Sekolah Rendah Bantuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian dan makan malam kutipan amal Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Bako di Dewan Alumni SJK Chung Hua No 3 di Kuching, Jumaat malam.

Dalam majlis yang sama, beliau turut mengumumkan sumbangan sejumlah RM 3 juta bagi menambah dana yang sedia ada untuk membina semula SJK Chung Hua Bako di tapak barunya di Samarahan.

Projek pembinaan semula SJK Chung Hua Bako dijangka menelan kos sebanyak RM 6 juta.-SV

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...