Tiga disyaki kaki curi dicekup, bawa sembilan tong berisi diesel


Kesemua suspek diberkas bersama sembilan tong berisi minyak diesel
SIBU: Tiga 'kaki curi' termasuk seorang yang baharu keluar penjara diberkas apabila disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri sembilan tong berisi minyak diesel pada Jumaat

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, pasukan polis peronda ketika membuat rondaan cegah jenayah terserempak dengan tiga lelaki mencurigakan yang menaiki sebuah kereta di Jalan Paradom pada jam 6.50 petang.

"Pemeriksaan lanjut di but belakang kereta tersebut mendapati sembilan tong pelbagai warna dan saiz yang berisi penuh minyak diesel,"  katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tong minyak diesel yang dijumpai dalam but belakang kereta dinaiki suspek-suspek
Katanya, ketiga-tiha suspek gagal memberi alasan munasabah apabila ditanya dari mana mereka memperolehi tong-tong minyak tersebut.

Ketiga-tiga suspek yang berumur antara 39 hingga 51 tahun ditangkap manakala kereta serta tong-tong minyak dirampas dan dibawa balik ke Balai Polis Lanang untuk tindakan lanjut.

"Mereka bertiga yang menggangur sering terlibat dalam kes pecah rumah dan curi di sekitar bandar ini," jelasnya lanjut.-UtusanBorneo
 

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...