TEMPAT MENARIK DAN LUAR BIASA DI SRI AMAN

Tahukah anda apa yang pelik serta luar biasa dekat dearah Sri Aman. Di Malaysia ini cuma Bandar Sri Aman ini sahaja yang ajaib bagi saya dan saya berasa bangga dan bertuah tinggal di bahagian Sri Aman dan juga merupakan tempat asal saya juga Sri Aman itu.

Sri Aman ini, pada mulanya nama asalnya Simanggang dan antara daerah yang dikatakan bandar tidur sejak dahulu. Tetapi sekarang jangan dikatakanlah saya rasa satu dunia ini tahu Bandar Sri Aman sudah menjurus kepada bandar pembangunan atau maju. nak tahu tak apa yang menarik dekat Bandar sri aman Sarawak ini..?

Antara Benda Yang Menarik Kat Sri Aman Ini Adalah :

1. Warga Sri Aman yang berbilang kaum, agama, bangsa dan budaya telah berjaya mencapai konsep 1 Malaysia dari dahulu kala sehingga sekarang. Tiap kali perayaan akan diadakan rumah terbuka untuk semua penduduk Sri Aman samaada dari rumah ke rumah dan ada juga di balairaya serta Dewan Suarah Sri Aman bersama pemimpin dan tetamu kehormat bersama semua Rakyat Sri Aman.

2. Sri Aman juga terkenal dengan pasar tamu, suasana di sini amat meriah sekali ketika hujung minggu. Macam-macam barang, hasil buruan hutan, hasil tangkapan seperti ikan tapah, keli, labi-labi juga turut ada, makanan, sayur-sayuran, lauk-lauk juga merupakan jualan utama  di Pasar Tamu Sri Aman ini. Saya bersama keluarga selalu berkunjung ke Pasar Tamu Sri Aman ini setiap hujung minggu dengan membeli apa yang patut.



Pasar Tamu Sri Aman

3. Terdapat banyak pusat beli-belah berbanding dahulu, pusat beli-belah seperti kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M), Lian Yi Supermarket, Everise Mall, Fair Price Supermarket, Unaco Supermarket, Seri Simanggang Mall dan sebagainya. Tiap kali  musim perayaan, pusat beli-belah ini sentiasa sesak.



Unaco Supermarket 

4. Terdapat juga hotel-hotel untuk penginapan dan terbuka semua orang yang datang melancong ke bandar Sri Aman antara hotelnya adalah Hoover Hotel, Seri Simanggang Hotel dan sebagainya dan sentiasa dikatakan hampir penuh setiap kali musim pesta atau festival yang diadakan di bandar Sri Aman ini setiap dan sepanjang tahun.



Hoover Hotel Sri Aman



Hotel Seri Simanggang

5. Jalan raya telah dibaikpulih oleh kerajaan untuk memudahkan pengguna jalan raya lebih selesa antara jalannya diperbesarkan seperti muat dua lorong kereta sekali bergerak sehala.

6. Tempat riadah juga ada seperti Tempat Berkelah Sungai Raya dan Resort Lubuk Antu, Sri Aman juga telah menjadi tarikan ramai pelancong. Resort nya terletak di Batang Ai Lubuk Antu, Sri Aman dan juga merupakan tasik buatan (hidro) kerajaan negeri Sarawak untuk membekalkan sumber elektrik kepada rakyat Sarawak ini. Ti tasik buatan ini juga telah ada pengusaha ternakan ikan sangkar.



Resort Batang Ai Lubuk Antu

7. Terdapat satu bangunan sejarah dari keluarga Brooke iaitu Kubu Alice ketika menentang pahlawan Iban dahulu. Kubu Alice ini menjadi sejarah peninggalan Rajah Brooke dan telah dibangunkan semula menjadi satu muzium. Kubu ini terletak di atas bukit tebingan Sungai Batang Lupar.



Wajah Kubu Alice 



Muzium Kubu Alice Sri Aman

8. Sri Aman juga mempunyai waterfront yang menarik dan begitu cantik pada waktu malam dengan lampu menghiasi tebingan Sungai Batang Lupar. Setiap petang ada sahaja pengunjung waterfront ini dengan lepak serta memancing.



Waterfront Sri Aman Waktu Petang

9. Yang paling popular dekat bahagian Sri Aman ini adalah Tidal Bore atau dikenali sebagai fenomena benak yang berlaku di sepanjang Sungai Batang Lupar. Benak ini adalah satu ombak pasang surut yang ajaib serta luar biasa berlaku di sungai ini dan hanya berlaku satu-satunya di negara Malaysia ini iaitu di Sri Aman negeri Sarawak. Fenomena benak ini telah dijadikan satu pesta yang diadakan setiap tahun dan telah menarik ramai pelancong mahupun dari tempatan, negeri-negeri dan seluruh dunia khususnya pelancong asing.

Dalam pesta benak ini akan ada aktiviti menarik seperti pusat jualan dari pelbagai bangsa dan budaya, berlumba perahu atau bot, meluncur benak seperti meluncur ombak di lautan dan sebagainya. Setiap kali musim pesta ini akan tersesaklah bandar ini dengan orang ramai pelbagai bangsa yang berkunjung dekat situ. Hotel-hotel dan food court atau restoren sentiasa dipenuhi oleh pengunjung.



Benak Membadai Tebingan Sg. Batang Lupar




Peluncur Asing sedang Melucur Benak



Gambar saya (baju putih) bersama rakan-rakan mengunjung pesta benak tahun lepas.

Sebenarnya masih banyak lagi yang menarik dekat sekitar bandar Sri Aman ini. Maka saya mengalukan kedatangan anda untuk datang berkunjung ke bandar Sri Aman ini serta menikmati tempat menarik. Datanglah dan kunjungilah Bandar Sri Aman saya..I LOVE SRI AMAN.. 

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...