Pemasaran berasaskan komuniti penting untuk promosi sektor pelancongan




KUCHING: Sarawak perlu sentiasa mempromosikan tarikan pelancongan yang ada termasuk berhubung dengan orang luar yang berminat untuk datang melawat ke negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg menegaskan, untuk mencapai tujuan tersebut penggunaan teknologi terkini seperti “Community-based Marketing” atau pemasaran berasaskan komuniti melalui laman media sangat penting untuk mempromosikan produk pelancongan.

Jelasnya, dahulu untuk melakukan perkara itu, pemasaran memerlukan kenyataan media, pengiklanan, penjenamaan dan sebagainya, tetapi kini cara itu sudah jarang digunakan kerana pengaruh laman sosial.

Jelasnya, sebagai contoh sekiranya dalam laman Facebook mempunyai 2 bilion akaun pengguna, maka peluang untuk memasarkan produk pelancongan juga dapat dipamerkan serta dikongsikan dalam kalangan 2 bilion komuniti berkenaan.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas melancarkan pusat bersepadu teknikal, digital dan warisan CENTEXS di Kuching semalam.

Selain itu, Ketua Menteri Abang Johari memberitahu penggunaan teknologi

“Virtual Reality” dan peralatan pemasaran yang lain juga penting untuk menarik minat pelancong luar untuk datang menikmati sendiri tarikan produk pelancongan sedia ada sekaligus meningkatkan lagi industri sektor pelancongan Sarawak.-SarawakVoice

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...