Pak Tam Raja Lawak meninggal dunia


Pak Tam atau nama sebenarnya, Mohamad Nor Rollah Ismail, 61, menghembuskan nafas terakhir pagi tadi.


KUALA LUMPUR - Bekas peserta Raja Lawak musim kedua, Pak Tam atau nama sebenarnya, Mohamad Nor Rollah Ismail, 61, menghembuskan nafas terakhir pagi tadi.


Berita pemergian Pak Tam dikongsikan oleh rakannya yang juga bekas peserta Raja Lawak, Mohammad Amirullah Azmi atau dikenali sebagai Amir di laman Instagram.


“Dapat perkhabaran sedih menerusi group WhatsApp, Pak Tam Raja Lawak meninggal dunia pagi ini.

“Semoga roh Pak Tam ditempatkan bersama orang beriman, beramal soleh dan ahli syurga, insya-Allah,” katanya.

Menurut Amir lagi, arwah menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Sewaktu menyertai Raja Lawak Musim Kedua pada 2008, Pak Tam berjaya meraih tempat keempat. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...