Pemain Liverpool, Roberto Firmino (kiri) dan Mohamed Salah (kanan) meraikan jaringan gol kemenangan 2-1 di akhir perlawanan ketika menentang Tottenham Hotspur di Anfield di Liverpool, Britain. - Foto EPA
LIVERPOOL: Liverpool kembali menerajuicarta teratas Liga Perdana Inggeris selepas meraih kemenangan dramatik 2-1 menewaskan Tottenham Hotspur di Anfield, sebentar tadi.
Ketika perlawanan tampak seakan berakhir seri sekali gus memberi kelebihan besar buat Manchester City, tandukan Mohamed Salah pada minit ke-90 gagal dikeluarkan dengan kemas penjaga gol Spurs, Hugo Lloris untuk Toby Alderweireld menjaringkan gol ke gawang sendiri.
Kemenangan membenarkan Liverpool meneruskan pemburuan kejuaraan liga berbaki enam perlawanan tetapi City yang ketinggalan dua mata selepas mengumpul 77 mata memiliki kelebihan beraksi kurang satu perlawanan.
Roberto Firmino memberikan tuan rumah permulaan yang sempurna apabila menanduk masuk gol pendahuluan seawal minit ke-16 berpunca daripada hantaran menarik Andy Robertson.
Begitupun, kedudukan itu berjaya disamakan Spurs menerusi Lucas Moura pada minit ke-70, beberapa saat selepas kemasukan penyerang Korea Selatan, Son Heung-Min.
Pemain Tottenham Lucas Moura menjaringkan gol penyamaan ketika menentang Liverpool pada aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris, sebentar tadi. - Foto Reuters
Gol berkenaan begitupun berpunca daripada gerakan Harry Kane, Kieran Tripper dan Christian Eriksen yang bijak membawa bola ke kawasan penalti Liverpool.
Ketika tuan rumah meningkatkan tekanan untuk kembali menerajui liga, Hugo Lloris menyelamatkan cubaan Alexander-Arnold sebelum pengurus Reds, Jurgen Klopp membawa masuk Fabinho bagi menggantikan James Milner manakala Divock Origi menggantikan Jordan Henderson.
Keputusan itu menyaksikan Liverpool menggunakan formasi 4-2-4 dan ia jelas berhasil apabila cubaan mereka untuk menghasilkan berjaya menerusi gol sendiri Alderweireld. - Agensi
No comments:
Post a Comment