Samarahan Bike Week Challange dapat sambutan baik dari kalangan belia

KUCHING: Dengan penganjuran dan tema yang berlainan disamping mempunyai pelbagai aktiviti yang diselitkan “Samarahan Bike Week Challenge 2019” Edisi Ke-6 telah mendapat sambutan baik daripada semua golongan rakyat terutamanya para belia.


Sebanyak 83 penyertaan bagi tahun ini dengan 7 kategori, program ini dilihat dapat menarik ramai lagi golongan muda mahupun belia untuk mencebur diri dalam sukan seperti ini.

Difahamkan, program anjuran bersama oleh Kumpulan Petugas Pelancongan Bahagian Samarahan dan Pejabat Daerah Samarahan ini mempunyai 5 kategori utama yang dibuka kepada penunggang amatur dan profesional dengan penyertaan dari penunggang Sarawak, Semenanjung Malaysia, dan Indonesia.

Menurut Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, acara seperti ini perlu diadakan pada setiap tahun kerana ia dapat memupuk silaturahim yang baik buat golongan belia khususnya.

Dalam pada itu katanya, acara ini telahpun mencapai matlamat serta objektifnya sendiri kerana ia diadakan di Pusat yang dilihat mempunyai pertumbuhan yang baik dari segi keusahawanan, gedung ilmu, dan dapat dinaik taraf menjadi satu destinasi yang menarik buat pengunjung sama ada dalam Sarawak mahupun Semenanjung Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Maljis Perasmian Samarahan BIke Challenge 2019 di Summer Mall, Kota Samarahan hari ini.

Sementara itu, pada Majlis yang sama, Encik Ainie Hj Wahab iaitu Pegawai Daerah Samarahan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Samarahan Bike Challenge 2019 berkata, program ini pada mulanya telah diperkenalkan pada tahun 2013 dan mendapat perhatian daripada semua lapisan dan menerima penyertaan daripada luar negara walaupun ketika itu hanya mempunyai 4 kategori sahaja.

Ujarnya, dengan kerjasama yang jitu daripada semua pihak yang terlibat Kota Samarahan berjaya mengangkat nama sehingga ke tahap ini dan acara seperti ini juga telah dimasukkan ke dalam kalendar Sarawak sebanyak 3 kali.

Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan aluan pada Majlis Perasmian Samarahan Bike Challenge 2019 di Summer Mall, Kota Samarahan hari ini.

Turut hadir, Rubiah Binti Haji Wang (Ahli Parlimen P.197 Kota Samarahan), Awla BIn Dris (ADUN N.25 Simunjan), Residen Bahagian Samarahan, serta Pegawai Daerah Samarahan dan Asajaya.-SarawakVoice

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...