Jual loteri haram, tauke kedai runcit diberkas



 


Suspek diberkas oleh polis pada Sabtu

KUCHING: Helah seorang tauke di sini berselindung di sebalik kedai runcitnya untuk menjual loteri haram terbongkar selepas dia ditangkap ketika sedang menjual loteri haram pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata, lelaki berusia 37 tahun itu ditangkap di kedainya di Kampung Pengkalan Tebang sekitar pukul 5.30 petang.

Dedahnya, tangkapan itu hasil aduan orang awam kerana menjalankan kegiatan penjualan loteri tanpa lesen.

Barangan dirampas dari suspek
“Hasil serbuan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau berjaya merampas kertas putih yang tercatit angka disyaki loteri tanpa lesen, telefon bimbit jenis Nokia dan wang tunai berjumlah RM68,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Malah, Poge memberitahu suspek ditahan bersama barang rampasan dan dibawa ke Balai Polis Bau untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka," ujarnya.-UtusanBorneo
Orang awam lalu di hadapan kedai runcit berkenaan


No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...