Buruh cedera parah, dilibas di leher selepas tagih hutang





Mangsa dirujuk ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut

SIBU: Gara-gara menagih hutang daripada dua lelaki sebanyak RM21, seorang buruh cedera parah akibat dikelar di leher di kediamannya di Taman Kristal, Sibu Jaya, di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, selain mengalami kecederaan parah di leher, lelaki berusia 45 tahun itu turut calar di bahu dan hidung serta bengkak mata kanan kerana ditumbuk.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, siasatan awal mendapati kejadian berpunca selepas mangsa menagih hutang dari dua lelaki yang masing-masing berumur dalam lingkungan 20an ketika sesi minum arak.

"Ketika sesi minum arak, mangsa telah menagih hutang sebanyak RM21 namun tidak dijawab oleh kedua-dua suspek yang kemudian beredar dan datang semula ke kediaman mangsa.

"Salah seorang suspek memegang kepala mangsa dan menumbuk manakala seorang lagi  mengeluarkan objek tajam lalu melibasnya ke arah mangsa sebelum melarikan diri dari tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Seorang suspek berjaya dikesan, manakala seorang lagi masih bebas
Stanley berkata, mangsa kemudian berjalan kaki ke Balai Polis Sibu Jaya untuk mendapat bantuan sebelum dihantar ke Klinik Sibu Jaya dan dirujuk ke Hospital Sibu.

Difahamkan, kecederaan mangsa agak serius dan memerlukan pembedahan namun dia bernasib baik kerana ia tidak terkena organ penting di bahagian leher.

Katanya, susulan menerima laporan, seorang buruh, 21, diberkas oleh pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu di Jalan Sibu Jaya Barat pada pukul 11 malam, hari yang sama.

Katanya, usaha mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas sedang giat dijalankan.

"Suspek akan tahan direman untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh," tambah beliau.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...