Hamilton takluk GP Bahrain



Penyandang juara dunia Formula Satu (F1), Lewis Hamilton menjulang trofi apabila menjuarai Grand Prix (GP) Bahrain, sebentar tadi. - Foto REUTERS

SAKHIR, Bahrain: Penyandang juara dunia Formula Satu (F1), Lewis Hamilton memanfaat sepenuhnya nasib malang yang menimpa pelumba baharu Ferrari, Charles Leclerc untuk menjuarai Grand Prix (GP) Bahrain, sebentar tadi.

Pemandu Mercedes itu, yang juga juara dunia lima kali tampak seperti akan menamatkan perlumbaan tangga kedua sebelum mengambil alih posisi pendahulu berbaki 10 pusingan berikutan masalah enjin yang dihadapi Leclerc.
Ketika jentera pelumba kelahiran Monaco itu yang memulakan perlumbaan di petak utama mulai perlahan disebabkan masalah enjin, Hamilton menggunakan segala kemahirannya untuk merangkul gelaran ketiga di Bahrain yang juga kemenangan ke-74 kariernya. 

Rakan sepasukannya, Valtteri Bottas yang juga pemenang perlumbaan pembuka musim di Australia menamatkan saingan di tangga kedua.
Leclerc begitupun masih merasai nikmat berdiri di podium apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga selepas melengkapkan perlumbaan di belakang kereta keselamatan susulan kemalangan yang menimpa pasukan Renault dan Red Bull.
“Ia berlaku,” kata Leclerc dengan tenang sejurus perlumbaan. “Ia sebahagian daripada sukan permotoran. Ia amat sukar untuk diterima, tetapi saya yakin kami akan kembali dengan lebih kuat.”
Keputusan menyaksikan Leclerc meraih podium pertama F1 dalam kariernya dan turut mengutip mata selepas melakukan catatan terpantas litar.
“Ia memang nasib yang malang untuk Charles, dia mengharungi perlumbaan yang menakjubkan,” kata Hamilton. “Ada kerja yang kami perlu lakukan untuk mengekalkan mereka di belakang. Ia mesti menyakitkan buat Charles.” - AFP
Keputusan GP Bahrain
1 Lewis Hamilton (GBR) Mercedes AMG Petronas, 
2 Valtteri Bottas (FIN) Mercedes AMG Petronas
3 Charles Leclerc (MON) Scuderia Ferrari
4 Max Verstappen (NED) Aston Martin Red Bull Racing Honda 
5 Sebastian Vettel (GER) Scuderia Ferrari 
6 Lando Norris (GBR) McLaren F1 Team
7 Kimi Raikkonen (ITA) Alfa Romeo Racing
8 Pierre Gasly (FRA) Aston Martin Red Bull Racing Honda 
9 Alexander Albon (THA) Red Bull Toro Rosso Honda 
10 Sergio Perez (MEX) SportPesa Racing Point F1 Team

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...