JDT II lepas takhta Liga Perdana



PEMAIN JDT II, Darren Yee Deng Lok (kiri) diasak pemain Sarawak, Mohd Badrul Hisham Mohd Hussien pada perlawanan Liga Perdana 2019 di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin. - Foto Mohd Azren Jamaludin

JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta'zim II (JD
TII) gagal mempertahankan kedudukan teratas Liga Perdana apabila sekadar seri 1-1 bertemu Sarawak pada aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.

Keputusan itu menyaksikan Sabah melonjak ke tangga teratas selepas menewaskan Pulau Pinang 2-0 untuk mengumpul 14 mata manakala JDT II yang turut mengumpul mata yang sama dipisahkan dengan perbezaan jaringan. 

Bagaimanapun skuad kendalian Ervin Boban masih gah mempertahankan rekod tanpa kalah selepas mengharungi enam perlawanan.

Aksi kedua-dua pasukan itu yang sepatutnya berlangsung di Stadium Pasir Gudang tetapi Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memindahkan perlawanan itu sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak kejadian tidak diingini selepas insiden pencemaran sisa toksid yang berlaku di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, baru-baru ini.

Memasuki minit ke-10 tuan rumah selesa berada di depan berpunca daripada bola umpanan Amirulhadi Zainal membuka ruang buat Lucas Ontivero yang sempat menggelecek pertahanan pelawat sebelum merembat bola kencang menewaskan penjaga gol, Andy Nicholas Nipen.

Peluang terbaik pelawat untuk menyamakan jaringan pada minit ke-22 terlepas begitu sahaja apabila bola sepakan percuma Nur Shamie Iszuan Amin sekadar terkena benteng dan langsung tidak menggugat penjaga gol, Haziq Nadzli.

Bersambung babak kedua, pelawat tampak menguasai perlawanan dan hampir menyamakan jaringan pada minit ke-47 namun bola sepakan lencong Mohamad Alif Hassan terkena palang gol ketika Haziq sudah tertewas.

Sedar betapa pelawat begitu rakus mengasak ke kubu JDT II, Boban bagaikan memberi isyarat kepada pemainnya untuk kembali menguasai perlawanan dan mengelak daripada membiarkan pasukan lawan bergerak melancarkan serangan.

Ternyata Haziq terpaksa bekerja keras dalam perlawanan itu selepas kerap mengawal gawang bagi menghalang beberapa percubaan berbahaya Sarawak yang bertali arus mengasak ke kubu tuan rumah tatkala benteng gandingan Bruno Soares dan Kiko Insa tampak begitu rapuh.

Namun pada minit ke-70 tindakan Haziq menjatuhkan kapten Bobby Gonzales menyaksikan pengadil, Abdul Rahman Wahab tidak teragak-agak memberi sepakan penalti dan Hudson Dias mudah menyepak masuk untuk meletak kedudukan seri 1-1 dan keputusan itu kekal sehingga tamat perlawanan.
 

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...