RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS


SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan Polis Marin dalam satu serbuan di sebuah stor penyimpanan barang di kawasan perindustrian di Lorong Dik Lik Kiong, Sg. Merah dekat sini pagi Isnin.
Pemangku Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 5, SUPT, Abdul Rahman Mat Hassan, berkata operasi tersebut diketuai oleh ASP Muhammad Sallam dan ASP Syahruddin bersama anggota pada jam 8.25 pagi Isnin.
Selain bir dan rokok yang tidak bercukai, pihaknya turut menahan tiga lelaki tempatan berumur dalam lingkungan 20 hingga 43 tahun di lokasi sama.
Katanya, barang kes dan tiga lelaki terbabit telah diserahkan kepada pegawai penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Sibu untuk tindakan dan siasatan lanjut.
Dalam pada itu katanya, rampasan kali ini merupakan kes yang terbesar di Sarawak tahun ini.
"Kami percaya semua rokok dan bir yang dirampas tersebut diseludup menggunakan pengangkutan kapal adalah untuk dijual di pasaran tempatan yang berdekatan di negeri ini.
Abdul Rahman berkata pihaknya mengalu-alukan sebarang maklumat daripada orang awam 
dalam usaha untuk membanteras aktiviti penyeludupan barangan tidak bercukai dan lain-lain kesalahan di perairan dan daratan di negeri ini.
"Sebarang maklumat boleh disalurkan terua ke Ibu Pejabat  PPMW5 di talian 082- 334111," tambah beliau.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...