Nama dalam misi tepis stereotaip wanita berhijab melalui Asias Got Talent


NAMA: Kami mahu orang di luar sana terutamanya masyarakat antarabangsa melihat yang wanita berhijab ini juga punya impian dan bakat tersendiri dalam bidang nyanyian. -AWANI


WANITA berhijab dalam bidang nyanyian sangat dominan di Malaysia serta Indonesia, tetapi bukan di negara Asia yang lain, terutamanya di pentas antarabangsa.

Kumpulan gadis berhijab, Nama memilih Asia’s Got Talent (AGT) sebagai platform untuk mereka memperkenalkan diri mereka serta mengubah persepsi masyarakat dunia terhadap wanita berhijab.

“Kami mahu orang di luar sana terutamanya masyarakat antarabangsa melihat yang wanita berhijab ini juga punya impian dan bakat tersendiri dalam bidang nyanyian.

“Selain itu, kami berharap orang di luar sana terutamanya masyarakat antarabangsa yang tidak biasa melihat wanita berhijab menceburi bidang nyanyian ini mengubah pandangan stereotaip serta persepsi ini.

“Ini kerana semua wanita itu sama sahaja, berhijab atau tidak tiada bezanya kerana setiap orang itu mempunyai bakat mereka tersendiri yang ingin ditonjolkan,” ujar Nur Farzina ketika ditemu bual semasa menghadiri Festival Seni Universiti Malaya pada Jumaat.

Tambahnya lagi, bukan mudah untuk mereka mengekalkan imej kesantunan sebagai wanita berhijab tetapi dengan pemilihan pakaian dan lagu yang bersesuaian sangat dititikberatkan.

“Sebagai seorang penghibur bukan mudah untuk kami menari dan menyanyi dalam satu masa serta mengekalkan imej ini, tetapi itu adalah satu cabaran buat kami,” ujar Noor Syamimi.

“Nama juga menitikberatkan pemilihan tudung dan pakaian yang sopan, semestinya tidak berlebihan, serta pemilihan lagu yang bersesuaian dengan imej kami, tetapi masih menonjolkan kehebatan vokal kami,” kata Norfazira.

Tertubuhnya kumpulan itu, bermula daripada Festival Seni Universiti Malaya di mana mereka berentap sesama sendiri untuk bergelar juara dalam pertandingan tersebut sebelum disatukan.

Nama akan berentap di pentas akhir Asia’s Got Talent musim ketiga pada 4 April ini.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...