Semangat menyambut perayaan perlu dikekalkan: Lee





MIRI: Semangat menyambut perayaan perlu dikekalkan meskipun diraikan dalam susana sederhana, kata Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin.

Beliau berkata, apa yang penting bukanlah sambutan secara besar-besaran namun penghayatan terhadap mesej perayaan itu mengekalkan tradisi selain mengukuhkan perpaduan.

Katanya, keadaan ekonomi tidak menentu pada masa kini bukan halangan bagi masyarakat Sarawak meraikan perayaan dalam suasana penuh meriah.

“Kita harus berbangga kerana semangat menyambut perayaan terus bersemarak tidak kira semasa perayaan Gawai Dayak, Hari Raya Aidilfitri, Krismas, Tahun Baharu Cina atau Deepavali.

“Buktinya, semua masyarakat berbilang kaum bersama meraikan perayaan dengan mengadakan kunjungan rumah terbuka. Saya gembira menyaksikan semangat Sarawak masih tebal khususnya dalam kalangan generasi muda.

“Saya berharap semangat ini dikekalkan bagi mengukuhkan persefahaman, perpaduan dan memelihara amalan tradisi kita,” katanya kepada media ketika ditemui pada rumah terbuka Gawai Wartawan Utusan Borneo Rosemaria Buma di Desa Indah 2, Permyjaya di sini semalam.

Hadir sama Presiden Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) Andy Jong dan ahli persatuan, ahli SUPP dan rakan-rakan media.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu berkata, amalan rumah terbuka dan berkunjung semasa musim perayaan perlu dikekalkan kerana ia melambangkan keunikan di Sarawak.

Sementara itu, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Senadin menganjurkan rumah terbuka Gawai Raya gabungan Gawai Dayak dan Hari Raya di Dewan Dato Permaisuri Bandar Baharu Permyjaya di sini pada 22 Jun ini.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...