SEJARAH SARAWAK


A. ASAL USUL NAMA SARAWAK

Mengikut cerita penduduk tempatan, nama Sarawak dikatakan berasal daripada dua kisah iaitu:

1. Sempena Nama “Serah kepada Awak”
Pada abad ke-18, di bahagian hulu Sungai Sarawak terdapat kegiatan melombong antimoni oleh penduduk tempatan. Pada masa itu, kawasan tersebut dikuasai oleh pembesar tempatan. Apabila Brunei ingin menguasai kawasan itu, penduduk tempatan sangat mengalu-alukannya.

Mereka sering menyebut perkataan “serah kepada awak”. Lama-kelamaan perkataan tersebut diringkaskan menjadi Sarawak. Nama Sarawak kemudiannya kekal sehingga kini.

2. Nama daripada Buah Nanas
Di kawasan Batu Kawa terdapat banyak tanaman nanas. Nanas tersebut amat manis dan enak rasanya. Nanas ini dikenali sebagai “nanas Sarawak”. Oleh sebab kawasan ini banyak nanas Sarawak, maka nama kawasan ini dinamai “Sarawak” sempena nama nanas tersebut.

Bendera lama Sarawak

B. PENTADBIRAN AWAL DI SARAWAK
Pentadbiran awal di Sarawak dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:
1. Kawasan Pesisiran Pantai

berada di bawah Kesultanan Brunei. Pangeran Indera Mahkota dilantik sebagai wakil Sultan untuk mentadbir kawasan ini. Beliau dibantu oleh 3 orang pembesar tempatan iaitu Datu Patinggi, Datu Temenggung dan Datu Bandar


2. Kawasan Pedalaman
terdapat banyak rumah panjang di kawasan ini. Setiap rumah panjang ditadbir oleh Tuai Rumah atau Ketua Rumah Panjang.



C. KAUM DI SARAWAK
Penduduk Sarawak terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik yang dibahagikan mengikut kawasan seperti pesisiran pantai, pedalaman dan muara sungai.

D. KEDATANGAN KUASA LUAR KE SARAWAK


Sebelum abad ke 19, sebahagian daripada wilayah Sarawak berada di bawah kuasa Kesultanan Brunei. Namun begitu, James Brooke, seorang rakyat British dan pedagang persendirian telah berjaya menguasai Sarawak selepas membantu Pangeran Muda Hashim, wakil Sultan Brunei menghapuskan pemberontakan oleh penduduk tempatan.

Mengikut perjanjian, Sarawak akan diserahkan kepada Brooke jika beliau berjaya menghapuskan pemberontakan tersebut. Brooke kemudiannya berjaya menewaskan pemberontakan tersebut.

Akan tetapi, Pangeran Muda Hashim telah mengingkari janjinya. Akibat tidak berpuas hati, Brooke telah berjumpa dengan Sultan Brunei dengan membawa bersama kapal perang dan senjata untuk mempamerkan kekuatannya.

Akibat bimbang dengan kekuatan yang dimiliki oleh Brooke, Sultan Brunei akhirnya bersetuju menyerahkan Sarawak kepada James Brooke. James Brooke memakai gelaran Gabenor Sarawak dan memerintah secara dinasti. Dinasti Brooke memerintah Sarawak selama 100 tahun iaitu dari tahun 1841 hingga 1941.

James Brooke


No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...