Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan Ahmad Shah berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 3.34 petang.
"Kejadian dipercayai berlaku pukul 3.30 petang, membabitkan dua kenderaan yang mana sebuah van dinaiki tiga mangsa berusia 40 hingga 50-an dan sebuah kereta dinaiki seorang wanita berusia 20-an.
Katanya, difahamkan van yang dinaiki tiga individu datang dari arah Kuching menghala ke Serian manakala kereta wanita terbabit dari arah bertentangan.
“Dua penumpang iaitu lelaki berusia 40 hingga 50-an terpaksa dikeluarkan oleh pasukan bomba manakala dua mangsa lain turut cedera sudah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba.
“Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Umum Sarawak dengan menggunakan ambulans dan Unit EMRS (Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan) Bomba bagi mendapatkan rawatan lanjut sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada 4.43 petang tadi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut.-UtusanBorneo
No comments:
Post a Comment