RM30,000 Ribu Baik Pulih Surau Kampung Trusan Jaya, Sematan

SEMATAN: Sebanyak RM30,000 diperuntukkan bagi baik pulih Surau Kampung Trusan Jaya di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu YB Datuk Amar Jamilah Anu berkata peruntukkan ini bagi membaiki pagar surau dan mengcat semula surau serta pendawaian elektrik semula.

“RM15,000 diperuntukkan bagi membaiki pagar dan mengecat semula surau agar ianya lebih cantik.

“Manakala, RM15,000 lagi digunakan untuk melakukan pendawaian semula supaya lebih selamat daripada litar pintas,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Berbuka Puasa dan Menyampaikan Sumbangan Kurma, Duit Raya dan Barangan Dapur kepada yang hadir di Surau Trusan Jaya, semalam.

Dalam pada itu, Datuk Amar Jamilah memberi jaminan bahawa beliau akan membangunkan Sematan dan Telok Melano bagi kelangsungan masyarakat di kawasan ini.

“Kita akan membangunkan Sematan dan Telok Melano untuk memudahkan orang di Sematan dan Telok Melano mendapat peluang pekerjaan. 

“Untuk anak-anak muda, belajarlah rajin-rajin. Yang tidak pandai sedikit tidak apa sebab CENTEXS akan siap. 

“Jadi semua berpeluang untuk mendapatkan kemahiran tanpa perlu pergi jauh dan belanja besar,” tambahnya lagi.

Beliau turut menjelaskan aktiviti yang diadakan setiap tahun ini merupakan kesinambungan daripada program yang pernah dilaksanakan Allahyarham Tok Nan.

“Indahnya sumbangan kurma ini merupakan aktiviti yang diadakan setiap tahun daripada Allahyarham Tok Nan.

“Di kotak kurma itu juga terdapat ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin daripada saya sebagai pengganti kad ucapan Selamat hari Raya daripada saya. Ianya dua dalam satu,” katanya.

Hadir sama bekas Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak Helmi Hazemi, Ketua Pergerakan Pemuda PBB Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan Haji Satem, Ketua Pergerakan Wanita PBB Tanjong Datu, Cr Fatimah Abdullah, Penghulu Jumahdi Sebian, Ketua Kaum Bujang Mail dan AJK Perguruan Seni Silat Helang Putih Perkasa Kampung Sileng Melayu.



No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...