Perbanyak menara bukan jawapan tunggal masalah telekomunikasi: Dr Rundi



 


BAU: Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom memaklumkan bahawa kementeriannya akan bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan dalam usaha meningkatkan telekomunikasi di luar bandar Sarawak.

Menurutnya, mendirikan lebih banyak menara telekomunikasi bukan penyelesaian tunggal kepada masalah kualiti perkhidmatan telekomunikasi kurang memuaskan khasnya di luar bandar negeri ini.

“Mendirikan lebih banyak menara telekomunikasi bukan jawapan tunggal untuk menyelesaikan masalah perkhidmatan telekomunikasi di luar bandar Sarawak.

“Oleh itu, adalah penting untuk kita (Kementerian Utiliti) berkolaboratif dengan penyedia-penyedia perkhidmatan dan ini telah dilaksanakan secara berpakej,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Borneo Tribal Village (BTV), Kampung Apar Singai di sini, kelmarin (Sabtu).

Dr Rundi menambah, menara-menara telekomunikasi telah didirikan sehingga di Long Busang untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan telekomunikasi di situ serta kawasan sekitarnya.

Bagaimanapun, bentuk telekomunikasi lain boleh dilakukan menerusi rangkaian satelit seharusnya dilaksanakan di kawasan yang sukar dicapai.

“Sebagai contoh ujarnya, teknologi satelit belon telah diuji di Baram dan berjaya, dengan itu kita terus berusaha meningkatkan teknologi ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Rundi mengumumkan kerajaan telah memperuntukkan RM30,000 untuk menambah baik jalan akses dan fasiliti di BTV.

Sementara itu, dalam ucapan aluannya, beliau berkata peruntukan adalah permohonan daripada Penasihat BTF Datuk Peter Nansian bagi melaksanakan dua projek kecil luar bandar iaitu memanjangkan lagi Jalan Adis Soba 2.5km dan pembinaan laluan jalan kaki 3km.

Dr Rundi menambah, kementeriannya akan melihat isu bekalan air dan elektrik di BTV kerana ia terletak di hujung Kampung Apar, Singai.

Hadir sama isterinya Datin Sri Loreta Sawot, Menteri Muda Industri dan Pelaburan Malcolm Mussen Lamoh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep, ADUN Layar Gerald Rentap Jabu, ADUN Bukit Semuja John Ilus, ADUN Batu Kitang Lo Khere Chiang dan Pemangku Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Ik Pahon Joyik.-UB

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...