Pengusaha bot laju bawa penumpang lebihi had dikenakan kompaun

 


Gambar dari Facebook yang menunjukkan penumpang duduk di atas bumbung bot laju.

SIBU: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) telah mengambil tindakan segera dengan mengenakan kompaun terhadap pengusaha bot laju yang dikesan membawa penumpang melebihi jumlah yang ditetapkan.


Penolong Kontroler LSS Sibu Hatta Morshidi berkata, satu laporan polis juga telah dibuat untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung foto yang tular dalam Facebook hari ini, yang menunjukkan penumpang duduk di atas bumbung bot laju yang dalam perjalanan dari Daro ke Sarikei.

Menurut Hatta, beliau telah mendapatkan penjelasan daripada kakitangan LSS di Daro, yang turut mengesahkan foto dalam Facebook itu adalah benar.

Difahamkan bot laju terbabit hanya dibenarkan membawa 12 orang penumpang dan berdasarkan foto terbabit lebih 12 penumpang berada di atas bumbung dan belakang bot laju.

"Kejadian ini berlaku pagi tadi. Bukan kita (LSS) tidak berbuat apa-apa. Kita telah cuba menghalang penumpang dari menaiki bot laju dan telah bercakap dengan juragan bot, namun tidak diendahkan.

"Mereka tidak mendengar nasihat anggota kita. Di Daro kita tidak mempunyai bangunan terminal dimana kita boleh melaksanakan dasar 'No Ticket No Entry'.

"Satu-satunya tindakan kita adalah dengan mengeluarkan kompaun dan membuat laporan polis," tegas Hatta.

LSS kini dalam fasa kedua menjalankan operasi bersepadu yang bermula 3 hingga 9 Jun ini. 

Fasa pertama berlangsung dari 24 hingga 31 Mei.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...