KM tolak spekulasi rombakan kabinet



KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menolak spekulasi bahawa beliau akan mengumumkan rombakan kabinet negeri sebelum penghujung bulan ini.

Beliau yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) menegaskan beberapa kali ‘beliau tidak tahu’ mengenai perkara berkenaan kepada media yang mahukan penjelasan mengenai spekulasi tersebut.

“Siapa buat laporan berkenaan? Saya tidak tahu.

“Saya tidak tahu. Bagaimana saya mahu menjelaskan? Saya tidak tahu,” ujarnya ketika ditemui pemberita selepas mengunjungi majlis rumah terbuka Hari Raya Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Mohammad Abu Bakar Marzuki di kediamannya di Siol Kandis di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai laporan akhbar berbahasa Cina yang memetik sumber sebagai berkata bahawa Ketua Menteri akan mengumumkan rombakan kabinet negeri pada 26 Jun ini.

Sebaliknya, Abang Johari mengarahkan wartawan untuk bertanya kepada akhbar berkenaan untuk menjawab spekulasi yang dilaporkan itu.

“Laporan itu daripada mereka, kamu tanya kepada mereka (akhbar berbahasa Cina),” katanya.

Ditanya mengenai kenyataan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James

Masing yang menyatakan harapannya agar orang yang tepat mengisi jawatan yang betul sekiranya berlaku rombakan kabinet, Abang Johari sekali lagi berkata, “Saya tidak tahu.”

Menurut laporan berita online The Borneo Post, Masing yang juga Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) berharap agar individu yang tepat mengisi jawatan yang betul jika berlaku rombakan kabinet negeri.

“Apa yang saya harapkan, jika ada, dalam rombakan kabinet negeri akan datang, jika boleh letakkan orang yang tepat mengisi portfolio yang betul.

“Ini termasuk hanya ahli GPS sahaja yang patut berada dalam kabinet. Orang luar yang tidak ikhlas tiada tempat dalam pentadbiran gabungan ini. Kami tidak mahu ada musuh dalam selimut,” katanya.

Sementara itu, turut bersama Ketua Menteri mengadakan kunjungan rumah terbuka tersebut ialah isterinya Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, Timbalan Ketua

Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...