Kerajaan Sarawak sentiasa prihatin masalah penduduk pedalaman, pesisir



-


KUCHING: Kerajaan Sarawak  sentiasa prihatin dengan permasalahan yang dihadapi rakyat terutama yang tinggal di kawasan-kawasan pedalaman dan persisir.

Menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Kerajaan Sarawak melalui pelbagai agensi memberi komitmen padu bagi memastikan kemudahan asas seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik dan kemudahan pengangkutan yang menjadi nadi hubungan bagi setiap rakyat akan dipertingkatkan dari masa ke semasa.

“Bekalan Air Bersih umpamanya, pada masa ini saya yakin Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (Jbalb) sedang giat meningkatkan prasarana kemudahan bekalan air di luar-luar bandar dan diharapkan dengan usaha jangka panjang ini mengurangkan bilangan kampung yang terjejas,”’ katanya dalam perutusan Hari Raya Aidilfitri 2019.

Jelas Ketua Menteri, begitu juga dengan projek bekalan elektrik, jalan raya dan jambatan-jambatan yang menghubungi setiap ceruk Sarawak, telah diluluskan dan sedang dalam proses perancangan dan pelaksanaan.

“Hasrat Kerajaan memastikan setiap anak Sarawak menikmati kemudahan asas dalam kehidupan mereka, Insya-Allah akan tercapai,” katanya.

“Pimpinan Negeri Sarawak dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersetuju untuk mengambil tanggungjawab terhadap kemaslahatan, kebajikan serta kesejahteraan rakyat Sarawak menggunakan sumber kewangan Kerajaan Negeri sendiri bagi meneruskan projek-projek pembangunan sebagaimana yang telah dijanjikan,” katanya.

“Selaku Pengerusi kepada GPS, saya komited untuk memberi kerjasama dan membina jalinan persefahaman dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) demi kebaikan seluruh anak Sarawak,” tegas Abang Johari lagi.

“Sebagai pemimpin Negeri Sarawak, saya dan seluruh pasukan, meletakkan visi menjadikan Sarawak sebagai negeri maju menjelang 2030. Kita yakin seluruh anak Sarawak juga ingin melihat dan menikmati kemajuan, kesejahteraan dan kehamonian negeri sebagaimana yang kita impikan bersama,” katanya.

Melalui pendekatan transformasi sosioekonomi ke arah ekonomi digital, serta pelaksanaan 65 Inisiatif Demi Rakyat Sarawak, visi Sarawak menjadi negeri maju menjelang tahun 2030, akan tercapai.

Berkat sokongan dan perpaduan seluruh rakyat Sarawak. Insya-Allah,” katanya.

Untuk rekod, Ketua Menteri telah membentangkan bajet terbesar dalam sejarah kewujudan Sarawak sebanyak sekitar RM11.1  bilion untuk 2019.

Sebanyak RM9 bilion adalah untuk pembangunan prasarana terutama di luar bandar dalam usaha menangani masalah asas terutama bekalan elektrik dan air.-SarawakVoice

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...