Zahid: Rakyat gelisah melihat realiti politik hari ini



KUALA LUMPUR:  Rakyat  gelisah melihat kepada realiti politik semasa dan isu-isu berbangkit yang menjadi ancaman kepada umat Islam dan institusi Islam, kata bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ujarnya, lebih malang lagi apabila umat Islam terpaksa berhimpun bagi menuntut agar hak mereka tidak dicabuli dan bagi mempertahankan kedaulatan Islam.

“Satu senario yang tidak sepatutnya berlaku di negara yang majoritinya Islam,’ katanya dalam satu kenyataan.

“Kegelisahan ini bukan sahaja disuarakan oleh rakyat marhean, malah melibatkan para intelektual dan agamawan sepertimana yang disuarakan oleh Mufti Perlis. Beliau menyifatkan realiti politik pada masa ini yang membiarkan umat Islam dibuli telah menyebabkan rakyat akur bahawa agama Islam berada dalam keadaan tidak begitu selamat di bawah pentadbiran kerajaan hari ini,” katanya.

Jelasnya, keghairahan menuntut hak kesamarataan atas nama hak asasi manusia malah meraikan golongan Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT) lebih dari sepatutnya menimbulkan perasaan kurang selesa kepada umat Islam.

“Golongan liberalisme dan pluralisme semakin berani menyebarkan ideologi mereka yang bertentangan dengan Perlembagaan negara,” ujarnya.-SarawakVoice

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...