Wujudkan anjung usahawan di Telok Melano



KUCHING: Dalam usaha untuk membantu para usahawan kecil-kecilan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Amar Hajah Jamilah Anu memohon agar kerajaan mempertimbankan sebuah lagi Anjung Usahawan untuk ditempatkan di Telok Melano.

Beliau berkata, Kampung Telok Melano merupakan kawasan baru yang berpotensi besar untuk dibangunkan dengan kemudahan yang lengkap dalam menyediakan kemudahan tempat untuk para usahawan dan peniaga-peniaga tempatan.

Beliau berharap Anjung Usahawan itu nanti akan menjadi sebuah pusat kemudahan bersepadu lengkap dengan prasarana untuk kemudahan berniaga dan sebagai penyumbang kepada ekonomi pelancongan Negeri Sarawak.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan usul perhargaan pada Persidangan Penggal ke-4 Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-18 di Kuching semalam.

Terdahulu, beliau berkata, kerajaan negeri telah meluluskan projek pembinaan Anjung Usahawan di Sematan dengan nilai projek sebanyak RM4.0 juta.-SarawakVoice

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...