Sarawak Pay mudahkan pengguna dengan transaksi digital




KUCHING: Sarawak Pay merupakan kaedah pembayaran terbaharu yang digunakan di Negeri Sarawak. Dengan adanya perkhidmatan ini, ia akan memudahkan lagi proses pembelian dan pembayaran dimana transaksi pembayaran tersebut boleh dilakukan dengan cepat dan mudah sekali.

Menurut Ketua Menteri , Datuk Patinggi Abang johari Tun Openg, sejak Sarawak Pay dilancarkan pada tahun 2017 ianya sekaligus menjadikan Sarawak sebagai salah sebuah Negeri yang pertama di Malaysia yang menggunakan transaksi “ E- Money” seperti mana yang telah diberikan oleh Bank Negara Malaysia.

Jelasnya lagi, sehingga kini pendaftran pengguna Sarawak Pay juga menunjukkan peningkatan dari masa ke semasa selain menjadikan Sarawak sebagai barisan hadapan yang moden dengan penggunaan ekonomi digital ini.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pelancaran Sarawak Pay – KK SuperMart di Kota Sentosa Kuching hari ini.

Sementara itu, beliau turut mengalu-alukan peruncitan lain untuk menggunakan kaedah pembayaran ini kerana ianya bukan sahaja memudahkan para pengguna malah meningkatkan lagi taraf ekonomi digital di Sarawak.-SarawakVoice

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...