TRW, Sarawak sama kuat



KOTA BHARU: Kebangkitan yang diharapkan Kelantan di gelanggang sendiri tidak menjadi kenyataan apabila sekadar seri 0-0 dengan Sarawak pada aksi Liga Perdana di  Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi. 

Sepanjang 20 minit pertama, aksi kedua-dua pasukan agak hambar dengan bola banyak berlegar di bahagian tengah sebelum tuan rumah membuat ancaman ke gawang Sarawak menerusi Fauzi Rozlan dan David Rowley pada minit ke-23 dan 42 namun sedikit tersasar.

Pada penghujung babak pertama, rembatan kencang penyerang The Red Warriors (TRW), Mohamad Hakimi Abdullah tetapi ia sekadar singgah di palang gol.

Bersambung babak kedua, skuad Bujang Senang  memperoleh peluang baik untuk mencipta gol pendahuluan menerusi rembatan Bobby Gonzales pada minit ke-59 singgah di tiang gol.

Rentak permainan pasukan tuan rumah sedikit berubah apabila Nik Azli Nik Alias dan Amirul Shafik Che Soh dibawa masuk menggantikan Khairul Rizam Che Soh dan David Rowley lebih banyak mencipta gerakan. 

Hasilnya pada minit ke-63, Fauzi Rozlan hampir meletak pasukannya di depan namun rembatannya sedikit tersasar.

Sarawak memperoleh peluang menarik untuk mencetak gol menerusi rembatan penyerang import, Hudson Jesus pada minit ke-86, namun dihampakan penjaga gol, Arif Abdullah untuk kedudukan kekal 0-0.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...