Gol Ake ranap impian Spurs




LONDON: Jaringan lewat Nathan Ake meranapkan impian Tottenham Hotspur yang beraksi dengan sembilan pemain untuk sekurang-kurangnya mengutip satu mata apabila tewas 1-0 kepada Bournemouth pada aksi Liga Perdana Inggeris, sebentar tadi.

Tottenham boleh dikatakan beraksi dengan sembilan pemain hampir keseluruhan babak kedua selepas kehilangan Son Heung-Min pada minit ke-43 susulan layangan kad merah.

Skuad kendalian Mauricio Pochettino itu kemudian tanpa kelibat Juan Foyth pada minit ke-48 selepas dia turut dilayangkan kad merah oleh pengadil, Craig Pawson susulan kekasaran terhadap Jack Simpson.

Kekalahan yang disebabkan jaringan minit ke-90 Ake menyaksikan Tottenham perlu menunggu sehingga perlawanan terakhir liga sebelum boleh mengesahkan tempat di kedudukan empat terbaik.

Begitupun, Spurs masih mengisi carta ketiga liga selepas mengumpul 70 mata daripada 37 perlawanan tetapi kedudukan mereka boleh dipintas Chelsea jika seteru London itu menang ke atas Watford, esok.

Ia kekalahan keempat Spurs daripada lima perlawanan dalam semua kejohanan termasuk ketika tewas kepada Ajax dalam saingan Liga Juara-Juara, pertengahan minggu lalu.

Menjelang aksi kedua menentang Ajax minggu depan di mana Spurs ketinggalan 1-0, Pochettino berkata “menamatkan saingan liga di kedudukan empat terbaik menjadi keutamaan” tetapi keputusan di Stadium Vitality jelas tidak membantu. - Agensi 

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...