Tolak Tepi Soal Politik, KM Seru Kerjasama Semua Pihak Demi Pendidikan Sarawak

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg menyeru agar semua pihak tanpa mengira latar belakang politik untuk bekerjasama dalam menyelesaikan isu berkaitan pendidikan di Sarawak.

Menurut beliau, pihaknya memandang serius mengenai isu yang berkaitan dengan sekolah daif di Sarawak memandangkan pendidikan merupakan satu perkara yang penting.

Katanya, jika perkara tersebut mendapat halangan dari sudut undang-undang, semua pihak yang terlibat perlu mencari jalan penyelesaian dan sekiranya perlu pihaknya akan mengubah peruntukan di bawah undang-undang.

Oleh hal yang demikian, beliau menambah pihaknya bersetuju untuk memberi pinjaman kepada Kerajaan Persekutuan walaupun perkara tersebut merupakan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata demikian semasa menggulung perbahasan beliau di Persidangan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-18, Kuching hari ini.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...