Kembalikan Hak mengikut Saluran betul

Sokong saranan TYT Sarawak agar kembalikan hak-hak MA63 mengikut landasan betul

KERAJAAN Negeri Sarawak menyambut baik sokongan dan saranan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak untuk kita terus mengadakan rundingan dengan Kerajaan Persekutuan untuk mengembalikan hak-hak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 mengikut landasan yang betul.

Kita juga menerima baik nasihat Tuan Yang Terutama Tun untuk kita terus memantapkan keharmonian, keamanan dan perpaduan di kalangan masyarakat Sarawak yang berbilang kaum tanpa mengambilkira perbezaan fahaman politik bagi memastikan dan mengukuhkan semangat kekitaan demi kemajuan dan pembangunan Negeri Sarawak dan masa depan anak-anak kita.

Kita tidak akan dapat menikmati hasil pembangunan dalam keadaan yang tidak aman dan tidak harmoni.

- Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg pada ucapan penggulungannya di Persidangan DUN Sarawak sebentar tadi..😎

UnReportedNews™® #iamSarawakian #IbuPertiwiku

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...