Tindakan pantas jiran elak kebakaran merebak

BINTULU: Tindakan pantas jiran yang membantu memadamkan api berjaya mengelak kebakaran lebih besar berlaku di sebuah unit kediaman di Blok R, Sungai Plan di Tanjung Kidurong, di sini, Rabu malam. 
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Mohamad Meramit berkata, pihaknya menerima laporan kejadian bergeggas ke lokasi susulan menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.59 malam
Katanya, tiga anggota diketuai Winston Tan dengan menaiki dua jentera dikerahkan ke lokasi, selain dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
"Tiba di lokasi didapati bahagian pintu hadapan sebuah rumah flat di tingkat tiga telah terbakar namun tiada melibatkan mangsa. 
"Kebakaran itu telah berjaya dipadamkan oleh jiran-jiran di sekitar kediaman itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya, pasukan bomba telah membuat pemantauan yang mana hasil temu bual dan pemerhatian, kebakaran itu dipercayai akibat perbuatan khianat susulan penemuan satu bekas berisi minyak petrol yang ditinggalkan di tangga berhampiran tempat kejadian. 
"Laporan polis telah dibuat dan pegawai penyiasat telah dimaklumkan untuk tindakan siasatan selanjutnya," katanya sambil menambah setelah kerja-kerja pemantauan selesai, operasi ditamatkan pada pukul 10.50 malam. 
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili yang dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kes tersebut. 
Beliau menjelaskan akan menjalankan siasatan lanjut berkenaan kes tersebut.UtusanBorn

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...