SARES Di Sungai Mujok Dijangka Bermula 2020
PROJEK Skim Pembekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak (SARES) di kawasan pedalam Sungai Mujok dijadualkan bermula pada 2020.
Menteri Muda Utiliti (Bekalan Elektrik) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ia akan memakan masa lapan bulan untuk disiapkan.
Menurutnya, projek tersebut dijangka menelan belanja RM19 juta.
"Sebanyak 312 isi rumah dijangka mendapat manfaat daripada projek ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan ADUN Meluan Roland Duat Jubin mengenai cadangan untuk meneruskan progran SARES kepada 12 rumah panjang di Sungai Mujok.
Dr Abdul Rahman yang juga ADUN Pantai Damai menjelaskan, SARES telah dilancarkan pada 2016 untuk membekalkan elektrik 24 jam di kawasan yang terletak jauh daripada sistem grid.
Menjawab pertanyaan ADUN Ngemah Alexander Vincent, beliau berkata, Nanga Kajah dan Lubok Tanjung tidak tersenarai di bawah projek SARES kerana bakal disambungkan dengan sistem grid.
Menurutnya lagi, sistem grid tersebut dijangka bermula selepas siapnya sub stesen EHV pada pernghujung 2020.
"Tender projek ini akan dianugerahkan bulan ini. Kos projek dijangka menelan belanja RM105 juta," ujarnya.
Beliau menambah, pembekalan elektrik di perkampungan lain dilaksanakan dalam tempoh dua tahun akan datang menerusi pelan induk elektrik luar bandar yang dibiayai kerajaan negeri.
UnReportedNews™® #iamSarawakian #IbuPertiwiku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS
SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...

-
Pada awal sebelum tahun 1873 bandar Sibu dikenali sebagai “Maling” disebabkan kedudukan geografi Sibu terletak di Tanjong Maling. Menuru...
-
MIRI:Pusat Kebudayaan Orang Ulu (OUCC) pertama di negara ini akan dibangunkan di Bandaraya Miri, dengan matlamat untuk dijadikan pus...
-
BELAGA: Kepayahan hidup seramai 416 orang penghuni di Rumah Panjang Uma Bawang, Sungai Asap dekat sini yang kehilangan tempat tinggal s...
No comments:
Post a Comment