Suami isteri edar dadah


KUCHING: Sepasang suami isteri berdepan hukuman penjara seumur hidup kerana memiliki dadah seberat 51.84 gram, dipercayai untuk pengedaran di sekitar bandaraya Miri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak Superintendan Sahar Abd Latif berkata pasangan itu ditangkap sekitar jam 10.15 malam semalam dalam serbuan yang dijalankan pasukan JSJN IPK Sarawak ke atas sebuah rumah di Taman Pelita, Miri.

Katanya pemeriksaan ke atas kedua-dua suspek berusia 36 dan 32 tahun itu menemui dadah jenis syabu seberat 42.33 gram, 22 biji ekstasi seberat 7.33 gram, 0.80 gram serbuk ekstasi dan 1.38 gram ganja yang dianggarkan bernilai RM7690.

“Mereka menjalankan aktiviti pengedaran dadah bermula Mac 2018 di kawasan sekitar dan pusat-pusat hiburan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sahar berkata pasangan terbabit ditahan di bawah Seksyen 39A(2), Seksyen 39A(1) dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1592, dan dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Miri untuk siasatan lanjut.

Beliau menambah kedua-duanya yang tidak mempunyai rekod kesalahan lampau juga didapati positif dadah jenis syabu dan amfetamin.

Katanya permohonan reman sudah dibuat dan sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang daripada lima tahun dan termasuk tidak kurang 10 sebatan.-SuaraSarawak

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...