SEORANG ANGGOTA POLIS CEDERA BERBALAS TEMBAKKAN DENGAN PENJENAYAH

MIRI:Seorang anggota peronda cedara ditangan kiri akibat terkena tembakan selepas berbalas tembakkan dengan 3 penjenayah yang cuba merompak sebuah rumah di taman Jelita Miri.

Ketika kejadian, 3 orang anggota peronda polis  sedang melakukan rondaan ke tempat kejadian selepas menerima laporan sebuah kenderaan mencurigakan serta seorang lelaki bertopeng dikawasan perumahan terbabit.


Suspek yang menyedari kehadiran polis peronda bertindak melepaskan tembakkan kearah anggota terbabit sekaligus terkena lengan kiri salah seorang anggota iaitu Koperal Willan Bell Jol.

Ini sekaligus mengakibatkan Anggota peronda membalas tembakan bagi mempertahankan diri dan tembakkan balas terbabit telah terkena pada bahagian kedua-dua kaki salah seorang  daripada suspek

Susulan itu, dua suspek warga tempatan ditahan masing-masing berusia 50 dan 35 tahun manakala seorang lagi suspek dipercayai berjaya melarikan diri.

Turut dirampas, sepucuk pistol semi Auto serta sebutir peluru hidup daripada suspek terbabit.

Usaha mengesan seorang lagi suspek masih diteruskan dan kes disiasat dibawah seksyen 3, Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971




No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...