Lelaki tunggang motosikal curi dicekup





KUCHING: Seorang lelaki ditahan apabila menunggang motosikal curi berhampiran sebuah pusat beli belah di Jalan P.Ramlee di sini pada Rabu.

Ketua Polis Balai Sentral ASP Ahmad Abang berkata suspek yang berasal dari Kampung Batu Kitang, Bau itu ditangkap oleh pengawal keselamatan pusat beli belah tersebut selepas dilihat mencurigakan sekitar pukul 6.25 petang.

Menurutnya, suspek kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
“Pemeriksaan badan suspek tidak menemui apa-apa yang nenyalahi undang-undang.

“Bagaimanapun, pemeriksaan motosikal yang ditunggangi suspek mendapati ia pernah dilaporkan hilang pada 29 April baru-baru ini,” katanya ketika ditemui pemberita.

Suspek dan motosikal terbabit kemudian dibawa ke Balai Polis Sentral untuk siasatan lanjut.

Suspek disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...