Seramai 13 orang diperiksa dalam Operasi AADK



BETONG: Seramai 13 daripada 14 individu yang diperiksa dalam operasi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) hujung minggu lalu didapati positif melalui ujian saringan air kencing yang dijalankan.

Ketua Pegawai AADK Daerah Betong Sapini Jalani memberitahu, operasi yang dijalankan sekitar Kabong, Saratok, Maludam, Beladin, Pusa dan Debak memeriksa 14 individu yang disyaki.

"10 lelaki dan tiga wanita yang positif dadah jenis Syabu (Methamphetamine).

"Kesemua mereka turut ditahan," katanya di sini, semalam.

Jelas Sapini lagi, suspek berusia dalam lingkungan 20 hingga 50 tahun dan disiasat dibawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan 1983.

Keterangan gambar:

1.OPERASI AADK ... Sekitar operasi pihak AADK di kawasan Kabong, Saratok, Maludam, Beladin, Pusa dan Debak yang berjaya menahan 13 suspek dipercayai positif dadah.

2.BAHAN BUKTI ... Antara barang terlarang yang ditemui pada operasi tersebut.-Suara Sarawak




No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...