Sarawak akan selamat jika di pegang PH?

Sarawak akan selamat jika di pegang PH? Fikir dua kali beb..

RAMAI cytro PH, khususnya di Sarawak mula memainkan sentimen perkauman di media sosial  bagi memecahbelahkan perpaduan rakyat Sarawak dalam usaha menarik sokongan kepada mereka.

Dibangkit isu tanah, isu kaum dan pelbagai isu yang sensitif serta diberikan gambaran indah seolah jika PH berkuasa di Sarawak, semuanya akan menjadi lebih senang, rakyat kaya-raya dan segala permasalahan di Sarawak akan terus lenyap dengan keadaan yang lebih kondusif dan baik dari sekarang.

Propaganda sebegini sebenarnya telah diadaptasikan dari kempen PH pada PRU14.. "PH menang, rakyat senang", itu motto PH diselitkan bersama dengan 1,001 janji bulan dan bintang kepada rakyat.

Terus terang dan jujurlah berkata, apakah ada perubahan yang baik dalam kehidupan anda atau keadaan sebenarnya menjadi lebih "teruk" dari dahulu.

Tak perlulah kita ambil contoh masalah nasional mengenai kemeruduman nilai ringgit, ramai pelabur yang sudah lari atau masalah nasional yang lain. Kita ambil contoh mudah dalam kehidupan seharian kita sendiri.

Apakah harga barang-barang semakin turun berbanding dahulu? Apakah gaji kita sudah naik? Sudahkah anda memiliki rumah sendiri? Masihkah anda menerima bantuan BSH (dulu BR1M), bantuan nelayan, petani dan bantuan-bantuan yang anda terima dari kerajaan terdahulu? Perkara-perkara yang disebutkan diatas adalah diantara janji-janji yang disebutkan oleh PH sebelum berkuasa iaitu untuk menyenangi rakyat.

Segala apa yang dijanjikan PH dulu tidak pernah dikotakan jadi mengapa terus mahu mempercayai pihak yang sama yang kononnya akan mengubah Sarawak jika mereka berkuasa di sini?

Ditambah dengan sikap sebenar pemimpin PH Semenanjung yang mempunyai niat bercanggah dengan syarat-syarat dalam MA63 yang mulai ditunjukkan secara secara langsung atau tidak.

Pada tahun 2017, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang kini merupakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyuarakan yang kuasa imigresen yang dimiliki oleh Sabah dan Sarawak wajar dikaji semula.

Pada tahun 2018 pula, selepas PH menjadi Kerajaan Persekutuan, Menteri Sumber Mineral, Air dan Tanah Dr Xavier Jayakumar dalam mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) di Putrajaya menyindir agar Sarawak menggunakan Kanun Tanah Negara serta menyatakan adakah tidak adil negara mempunyai tiga undang-undang mengawal pentadbiran tanah iaitu Kanun Tanah Negara, Kanun Tanah Sarawak dan Kanun Tanah Sabah.

Dengan rentak dan sikap pemimpin PH Sarawak kini yang jelas "hanya mengikut telunjuk" pemimpin mereka di Semenanjung, mereka sememangnya tidak dapat diharapkan untuk mempertahankan hak Sarawak atau memberi sebarang jaminan ianya tidak akan berlaku.

Perkara melibatkan Hak Sarawak bukanlah sesuatu yang boleh "di cuba-cuba dulu, baru kita tahu" kerana sekali kita kehilangan segalanya ianya adalah untuk selama-lamanya.

Jangan kerana marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar.. kerana apabila kita telah hilang segalanya, menangis air mata darah sekalipun pada masa itu tidak akan  berguna lagi.. 😎

*terkini Ahli Parlimen PH Jerlun mempertikai Kuasa Autonomi Imigresen Sarawak dan menyarankan penggunaan pasaport oleh orang Malaya pergi ke Sarawak.. siapa urang Sarawak agik nyokong daknya nang butaklah.. Kohkohkoh.. 😎

#UnReportedNews™® #iamSarawakian #IbuPertiwiku

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...