SEORANG ANGGOTA POLIS CEDERA DITEMBAK DI MIRI

Miri: Seorang anggota polis peronda cedera di lengan kiri selepas ditembak sewaktu mengadakan rondaan di Taman Jelita Miri pukul 1.00 tengah hari tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, KJSJ Sarawak, Senior Asisten Komisioner Denis Leong Soon Kuai yang mengesahkan kejadian menyatakan anggota yang ditembak ialah Koperal William Bell Jol 55 tahun bersama Konstabel Mohamad Roni Abdul Manap 27 tahun.

Mengikut fakta kejadian Koperal William memandu kenderaan peronda ke kawasan tersebut selepas menerima aduan orang awam mengenai sebuah kenderaan sedan bewarna perak yang dinaiki tiga suspek bertopeng.

Sejurus menghampiri kenderaan tersebut salah seorang suspek telah melepaskan tembakkan dan terkena Koperal William manakala Konstabel Mohamad Roni membalas tembakkan yang mengenai kedua-dua kaki suspek.

Dua suspek lelaki 55 tahun yang cedera di kaki dan 35 tahun berjaya ditangkap manakala suspek ketiga berjaya meloloskan diri.

Polis turut merampas sepucuk pistol semi auto beserta sebutir peluru hidup dan kesemua suspek merupakan warga tempatan.

Kes akan disiasat dibawah Sekyen 3, Akta Senjata Api 1971 dengan penalti lebih berat.

RTM SARAWAK


No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...