Penghuni Rumah Panjang Uma Bawang Terus Terima Bantuan Pelbagai Pihak


BELAGA: Kepayahan hidup seramai 416 orang penghuni di Rumah Panjang Uma Bawang, Sungai Asap dekat sini yang kehilangan tempat tinggal sekelip mata akibat tragedi kebakaran pada Isnin lepas terus menerima perhatian dan bantuan daripada pelbagai pihak, semalam.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, YB Tan Sri James Jemut Masing juga telah menghulurkan bantuan kilat berjumlah RM20,000 kepada penduduk yang terjejas.
Pergerakan Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) turut menyampaikan bantuan sebanyak RM4,450 bagi meringankan beban semua mangsa terlibat.
Antara pihak lain yang turut menghantar dan menghulurkan bantuan ialah Petronas, Jais Bintulu, Kelab 4x4 Bintulu, OUNA Kapit, Belaga Action Community (BAC), Uma Balui Liko, SK Lg. Urun dan banyak lagi.
Orang ramai, sanak saudara dan rakan mangsa terjejas juga tidak putus-putus mengunjungi mereka yang ditimpa musibah ini untuk menghulur bantuan sambil memberi kata-kata semangat.






No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...