Projek jalan pesisir hubungkan 14 bandar dan pekan di Sarawak




KUCHING: Projek jalan raya pesisir sepanjang 896 km akan merangkaikan sekurang-kurangnya 14 bandar dan pekan di pesisiran negeri ini, dan dijangka siap dalam tempoh lima tahun.

Antara bandar dan pekan yang dilalui ialah Kota Samarahan, Asajaya, Sadong Jaya, Sebuyau, Kabong, Tanjung Manis, Daro, Matu, Igan, Oya, Mukah, Balingian dan Bintulu.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr James Jemut Masing berkata, rangkaian tersebut, dan Laluan kedua sejauh 235 km akan menyingkatkan perjalanan sehingga dua jam setengah, akan diteruskan secara tender terbuka dengan nilai RM11 bilion.

“Pelaksanaan tender terbuka membolehkan Kerajaan sarawak memilih kontraktor paling layak dari segi teknikal dan komersial, seterusnya dapat menjimatkan sebanyak RM600 juta,” katanya dalam satu kenyataan media.

Jelas Masing, Projek Jalan Pesisir telah melalui proses tender, manakala Projek Laluan Kedua dalam proses reka bentuk, dan dijangka ditenderkan pada akhir tahun atau awal tahun depan.

Bagi menjayakan projek berkenaan, sembilan batang sungai utama perlu diharungi, dan jambatan berkaitan bakal dibina untuk menghubungkannya, dengan pembiayaan Kerajaan Sarawak, jelasnya.

Beliau berkata, projek rakyat ini akan menjana pertumbuhan ekonomi dan kesan limpahan lain.

“Aspirasi Kerajaan Sarawak adalah memastikan rangkaian jalan raya ini menjadi realiti dan rakyat Sarawak dari luar bandar dapat menikmati pembangunan, sekali gus merapatkan jurang bandar dengan luar bandar,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...