21 sekeluarga 30 tahun diami rumah usang


DEBAK: Tatkala orang lain sibuk dengan bermacam-macam persiapan, 21 sekeluarga yang tinggal di sebuah rumah dekat Kampung Bungey di sini merayu bantuan baik pulih atau bina baharu rumah menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Lebih malang, beliau dikatakan tidak layak menerima bantuan bulanan pihak kebajikan.Menurut Ketua Keluarga Mahdi Kechek, 76, mengakui, pernah beberapa kali memohon bantuan kebajikan.“Namun saya dimaklumkan tidak layak ekoran anak dewasa yang ramai,” katanya sambil menambah senario tersebut mengakibatkannya terpaksa mengikat perut.

Warga emas tersebut ditemui Suara Sarawak pada sesi penyampaian Kasih Ramadan oleh pihak Pejabat Pembangunan Persekutuan Sarawak hasil sumbangan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihak Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan kerjasama Bank Muamalat.

Menurutnya, dahulu beliau pernah menerima bantuan Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di sebelah darat, namun telah rosak dan tidak lagi didiami.Justeru, beliau dan si suri bersama-sama anak dan cucu terpaksa tinggal di rumah usang sejak 30 tahun lalu.

Beliau melahirkan rasa syukur atas keprihatinan Pejabat Pembangunan Persekutuan Sarawak yang sudi bertandang membawa buah tangan.

“Terima kasih Penolong Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan Sarawak (Zon Sri Aman) Hasliza Sahfari serta rombongan.

“Kami sekeluarga amat berterima kasih. Bagi kami, pemberian ini satu rezeki yang amat bermakna… sekurang-kurangnya dapat juga mengurangkan beban sepanjang Ramadan ini,” jelasnya.-SuaraSarawak

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...