Sembilan lelaki ditahan terbabit judi sabung ayam




 

BINTULU: Sembilan lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan judi sabung ayam diberkas di kawasan hutan berhampiran sebuah penempatan setinggan di Jalan Tanjung Kidurong di sini, pada Sabtu.

Serbuan itu dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah serta Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu sekitar 4.45 petang. 

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili berkata, kesemua lelaki termasuk seorang warganegara asing yang ditangkap dalam Op Dadu itu berumur antara 27 hingga 60 tahun.

"Turut dirampas ketika serbuan ialah tiga ekor ayam jantan yang telah mati, lima ekor ayam jantan hidup, wang tunai RM152, papan tulis dan alat penimbang," ujarnya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata, kesemua suspek yang ditangkap mengikut Seksyen 3(1) Langkah-Langkah Pencegahan dan Penganiayaan Terhadap Binatang 1962 itu kini ditahan reman sehingga 14 Mei ini. 

"Sabit kesalahan, hukuman denda maksimum yang dikenakan adalah berjumlah RM1,000 atau penjara tiga bulan. 

"Seorang lelaki warga asing turut disiasat di bawah seksyen 6(1)(c ) Akta Imigresen 1959/63," tambahnya.-UtusanBorneo
 

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...