Berambeh Sungkey eratkan perpaduan



SIBU: Program ‘Berambeh Sungkey’ yang masuk edisi ketiga tahun ini mampu menarik lebih ramai penyertaan pada program yang akan diadakan di Dataran Tun Tuanku Haji Bujang, di sini, Sabtu ini..

Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Dr Annuar Rapaee, berkata pada program berbuka puasa di tempat terbuka ala berkelah itu tahun lalu, seramai 6,000 penduduk Sibu menyertainya.

Katanya, tidak mustahil tahun ini jumlah peserta akan bertambah berikutan program berkenaan semakin diketahui ramai.

“Semua peserta perlu membawa tikar dan juadah berbuka sendiri dan penganjur akan menyediakan buah kurma dan tempat untuk menunaikan solat Maghrib,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dr Annuar berkata, program anjuran Jawatankuasa Tetap Perayaan Islam Sibu dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu akan turut menjemput pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam serta wakil semua rumah ibadat termasuk dari gereja, tokong dan kuil di Sibu.

“Program ini sangat penting untuk kita menunjukkan masyarakat Sibu sebagai satu masyarakat yang bersatu padu.

“Kita tidak boleh menganggap perpaduan masyarakat sebagai isu remeh. Sebaliknya, kita harus sentiasa berusaha untuk mengukuhkan keharmonian itu dan program ini satu daripada usaha itu,” katanya.-BH Online

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...