SPK Melango Dan SPK Hulu Saratok Fasa 1 Sediakan 72 Lot Kediaman, SPK Kupang Dicadangkan Semula Dalam RMK12

KUCHING: Kerajaan Sarawak bangunkan Skim Pembesaran Kampung (SPK) dalam menyediakan lot kediaman kepada rakyat di kawasan Saratok.

Menteri Muda Perumahan Sarawak YB Dr Annuar Rapa'ee berkata kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk membangunkan kawasan perumahan berdekatan Kampung Melayu, Saratok, tetapi menyediakan Skim Pembesaran Kampung di dua kampung iaitu Kampung Melango dan Kampung Hulu Saratok Fasa 1.

"Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Sarawak melalui Jabatan Tanah dan Survei (JTS) telah pun melaksanakan SPK berdekatan Kampung Melayu, Saratok yang dikenali SPK Melango dan SPK Hulu Saraok Fasa 1.

"Skim-skim ini dilaksanakan JTS yang mana masing-masingnya menyediakan 80 lot kediaman dan 72 lot kediaman.

"Bagi SPK Hulu Saratok Fasa 1 pula sebanyak 39 lot telah diagihkan manakala proses pengagihan bagi baki 33 lot lagi sedang dilaksanakan dan dijangka dimuktamadkan pada tahun 2019," katanya semasa menjawab soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka YB Datuk Haji Abdul Wahab Aziz semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Sementara Kerajaan Sarawak turut mencadangkan semula sebuah lagi SPK Kupang diwujudkan selepas cadangan sebelum ini tidak diluluskan.

"Cadangan SPK Kupang pula, yang menyediakan 134 lot kediaman telah dikemukakan untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke 11 (RMK11) dan di dalam kajian semula separuh penggal RMK11, namun tidak diluluskan.

"Bagaimanapun, skim ini akan dicadangkan semula untuk dilaksanakan dalam RMK12," tambahnya. 

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...