SIBU: Penjenayah 'scammer' mengaut habuan lagi di bandar ini menjadikan dua orang mangsa termasuk seorang suri rumah dan ahli perniagaan, masing-masing kerugian RM10,000 dan RM1,500.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintenden Martn Koo berkata, pengadu, 40, mengadu telah menerima panggilan telefon melalui nombor telefon rumah dan bercakap dengan seorang lelaki (melayu) yang memperkenalkan diri sebagai 'Pegawai kastam'.
"Modus operandi suspek berjaya memperdayakan pengadu yang dimaklumkan bahawa dia mempunyai tunggakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) atas nama sebuah syarikat yang kononnya didaftar atas nama pengadu," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Katanya, talian kemudian disambungkan kepada Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Terengganu dan pengadu telah bercakap dengan seorang polis berpangkat Sarjan.
"Pengadu diberitahu bahawa dia terlibat dengan penggelapan wang haram dan suspek menawarkan untuk menolong dengan syarat pengadu mesti mengeluarkan semua wang simpanan miliknya bagi tujuan membersihkan nama pengadu daripada tuduhan itu," jelasnya.
Pada Khamis lalu, pengadu telah memasukan duit berjumlah RM10,000 ke dalam satu akaun bank.
Namun ia sudah terlambat, apabila pengadu sedar bahawa dia telah diperdayakan selepas memaklumkan transaksi wang tersebut kepada suaminya.
Martin berkata satu laporan polis berhubung 'Macau Scam' berkenaan telah diterima oleh pihaknya.
Suspek berjaya memperdayakan pengadu untuk membuat pembayaran ke akaun suspek yang menyamar sebagai pegawai polis.
Sementara itu dalam kes yang berlainan, seorang ahli perniagaan kerugian RM1,500 selepas cuba meminjam wang sejumlah RM50,000 secara atas talian.-UtusanBorneo
No comments:
Post a Comment