Pendaki sesat di Gunung Santubong berjaya diselamatkan

KUCHING: Seorang lelaki warga negara Cyprus, Makhelo Gabriel, 22, yang dilaporkan sesat ketika mendaki Gunung Santubong semalam berjaya ditemui dan diselamatkan oleh pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) lewat malam tadi.

Laporan mengenai mangsa diterima sekitar jam 3.39 petang semalam dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya diketuai Ketua Balai PKPgB Tan Min Chai telah bergerak ke lokasi kejadian.

Gerakan pencarian terus dijalankan oleh pasukan penyelamat dan mangsa berjaya dijumpai pada jam 6.46 malam di kawasan puncak gunung F15 berhampiran kawasan gaung dan mangsa dikatakan telah tersalah laluan ketika hendak menuruni trek.

Mangsa dibantu naik ke laluan asal menggunakan tali yang sedia ada di trek dan kesemua mereka  selamat sampai di kaki gunung pada jam 10.49 malam dan operasi tamat pada jam 11.05 malam, mangsa hanya mengalami kepenatan dan terus dibawa ke Hospital Umum oleh ambulan untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...