PKR gesa siasat dakwaan PRS guna dana pusat khidmat untuk biayai Dayak Daily  



Abun Sui (menunjukkan salinan laporan polis dan artikel SR.
MIRI: Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Rajang Abun Sui Anyit membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menyiasat dakwaan portal Sarawak Report (SR) berhubung salah guna dana rakyat oleh beberapa wakil rakyat Parti Rakyat Sarawak (PRS) untuk membiayai portal Dayak Daily. 


Abun Sui ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Balai Polis Pusat Miri hari ini berkata laporan dibuat selepas beliau membaca artikel di portal SR yang mendakwa beberapa pimpinan PRS dipercayai telah menyalurkan dana dari geran Pusat Khidmat mereka berjumlah ratusan ribu ringgit untuk membiayai Dayak Daily. 

"Kita dapat lihat nama Yang Berhormat (YB) terbabit dalam artikel itu dan jumlah wang yang disalurkan ke akaun terbabit. 

"Kami mahu pihak berkuasa untuk menyiasat perkara ini kerana adakah betul duit disalurkan daripada dana Pusat Khidmat, sekiranya benar, maka itu adalah duit rakyat," katanya ketika ditemui pemberita. 

Beliau menegaskan wakil rakyat tidak harus menyalah gunakan geran mereka kerana ianya adalah untuk rakyat. 
Abun menambah beliau akan membuat laporan serupa pada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...