Usah sebar spekulasi mengenai kes rompakan di Taman Jelita - Sebastian


 



MIRI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting mengingatkan orang awam agar tidak menyebarkan spekulasi tentang kes rompakan bersenjata api di sini, semalam.

Terkejut  dan marah dengan kejadian itu, Ting khuatir, spekulasi tidak sahih yang disebarkan di media sosial akan mewujudkan rasa tidak selamat di kalangan penduduk.

“Kes ini telah menarik perhatian orang ramai. Saya  menasihatkan kepada orang ramai agar tidak membuat sebarang komen dan spekulasi yang boleh mengeruhkan keadaan serta mencetuskan ketegangan yang mengganggu siasatan pihak polis,” katanya.

Sehubungan itu, Ting yang juga Setiausaha Agung SUPP meminta polis memperkukuhkan rondaan di kawasan kes serta kawasan-kawasan kediaman di seluruh Miri.

Beliau berharap orang ramai memberi kerjasama kepada polis dalam usaha membanteras sekali gus mengurangkan kadar jenayah.

Tentang keselamatan diri, orang awam harus membuang pemikiran bahawa jenayah seperti itu 'tidak akan berlaku kepada saya' dan harus mengambil tindakan proaktif untuk mengelakkan menjadi mangsa.“Jangan berjalan di tempat sunyi dan elakkan berjalan seorang diri, memakai barang kemas, berharga yang menarik perhatian penjenayah. 

Menurut Ting terdapat kes penjenayah datang ke rumah mangsa dan meminta alamat atau berpura-pura bahawa mereka mahu menghantar surat atau pakej. 

Kepada warga emas dan wanita, mereka harus bertindak pantas dan sentiasa berjaga-jaga apabila berjalan bersendirian.

Semalam, polis Miri menggagalkan rompakan bersenjata api di kawasan Taman Tunku.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...