Lelaki hilang di Kampung Rumih Opar ditemui selamat

BAU: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang semalam ditemui selamat oleh pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR)di bawah pokok di kawasan kampung Rumih Opar pagi tadi.

Choo Dosing,61,  mangsa dijumpai oleh Pasukan SAR pada jam 10.30 pagi tadi dan ketika  dijumpai mangsa sedang baring di bawah pokok dalam keadaan lemah tetapi selamat. Mangsa dibawa keluar oleh Pasukan SAR dan  dihantar ke hospita Bau oleh APM dan operasi tamat pada jam  11.00 pagi.

Selain 12 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau, turut terlibat dalam operasi SAR adalah pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan  Polis DiRaja Malaysia (PDRM).



No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...