Najib mohon batal tiga pertuduhan ubah wang haram RM27 juta

Bekas perdana menteri Najib Razak akan memfailkan permohonan untuk membatalkan tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM27 juta daripada SRC International.
Peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohamed Zaini Mazlan ketika sebutan kes tersebut hari ini.
"Ketiga-tiga pertuduhan itu bukan merupakan kesalahan predikat, sebab itulah kami mahu membatalkannya.
"Ketiga-tiga pertuduhan itu menumpang tujuh pertuduhan di hadapan hakim Mahkamah (tinggi) (Mohd Nazlan Mohd Ghazali) tetapi dikeluarkan (kerana didengar bersama kes RM27 juta) kerana perkara-perkara prosedur.
"Kami akan membuat permohonan itu," kata Shafee memberitahu Zaini.
Timbalan pendakwaraya (DPP) Budiman Lutfi Mohamed kemudian bangun dan memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwa akan mencabar usaha membatalkan ketiga-tiga pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (Amla).
"Ketiga-tiga pertuduhan Amla itu sah dan kami akan mencabar (permohonan untuk batalkan) apabila difailkan dengan betul (oleh peguam bela Najib)," kata Budiman.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...